Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dgn sendirinya cinta itu akan hadir. Cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan. Apa yg buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Cinta kurniaan Ilahi. Mengapa harus dibenci?yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta
hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernah kah kau terfikir kebesaranNya itu???
Memberikan seluruh cintamu kepada seorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sehingga cinta berkembang dihatinya tetapi jika tidak berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.
Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapaan dan seringkali berakhir dengan airmata...
Kejarlah C!ta-C!ta sebelum C!nta
Kwn nak datang melawat di Kedah a.k.a tempat menarik di Kedah
salam all...
Dah lama rasanya x update blog ni kan?bukannya apa x sempat coz bz memanjang dengan kerja...
Hari ni rasa lapang sikit sebab kerja yang tertangguh sebelum ni sudah beres, n ada saki baki sikit saja lagi...hehehe
So hari ni boleh lah update sikit blog..mana lah tahu lepas nie lambat lagi nak update sebab xde masa yang lapang..
So..berbalik kepada tajuk asal kita hari ni..ermm Tempat Menarik di Kedah!..hahaha..
korang tau dak tempat menarik area kedah ni?Alamak pening aku..kawan baru aku nak datang Kedah hari ni..diaorang dh bertolak dari KL dah pun hari ni..
Hari ni jugak lah aku baru nak cari tempat yang sesuai untuk diorang pergi...
Dalam pala otak aku nie, ku dok nampak Gunung Jerai jer..Langkawi?
Langkawi coz mmg diorang nak pergi terus pun, balik dari Langkawi baru diorang nak jumpa n singgah Sungai Petani.
Adoyai dengan Homestay or Hotel lagi ni x cari...ok Yanz sabar ok sabar, bertenang..search elok2..
Ok. Mengikut dalam pala otakaku nie, tempat yang akan aku bawa diorang ialah:
1. Gunung Jerai - aku boleh bawa diorang tgk panorama di atas Gunung Jerai.Di puncaknya ada resort, air terjun, Muzium P'hutanan n katanya ada bunga. Nama bunga tu " Bunga Kembang Tiga Bulan".Nak story sikit pasal bunga ni...katanya bunga nie bleh bertukar warna setiap bulan iatu warna Putih, Ungu dan Kemerah-merahan. Wah best nya aku pun x pernah tgk lagi ni.
2. Pantai Merdeka - Pantai Merdeka ada apa erk?Ermm bagi diorang tgk pantai jalah..@ pun kalu dioarang nak pergi Tanjung Dawai, Bleh naik bot dari Pantai Merdeka...
3. Tanjong Dawai - Tanjung Dawai bersebelahan dengan Pantai Merdeka. Ada macam2 jualan hasilan laut.seperti ikan kering, belacan, sotong, keropok dll. Kalau diorang suka masak n makan jenis ikan2 kering ni selamat lah aku.
4. Tasik Pedu - Tempat ni pun ku x besa p lagi, cmna nak bawak depa..Kalu p sini boleh singgah dekat Ladang Anggur, dekat dengan Beris..
5. Naik Feri ke Padang Kota - yang ni malam boleh la aku bawak relax2 dekat Padang Kota...
Lain-lain tempat mintak maaf lah kwn2 coz aku xtaw jalan nak p...pernah p tapi jalan x ingat da...
** Pasni aku nak wat entry mengenai Tempat-temapat menarik yang ada di Kedah plak..Tungguuuu...
Falling In Love
Terima Kasih, Minta Maaf
salam 1 Malaysia..
Pagi tadi masa ku dok iron baju sambil dok tgk tv MHI, aku tertarik dengan segmen bual bicara ni yang bertajuk "Terima Kasih, Minta Maaf"..
--------------------------------------------------------
Terima Kasih
Terima Kasih Malaysia... Aku bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia, makan minum cukup, pakaian dan tempat tinggal lengkap. tidak seperti di negara miskin yang lain...
Sebagai manusia kita kena selalu mengucapkan terima kasih. Contohnya jika seseorang menghantar sesuatu kepada kita, ringankanlah mulut anda untuk mengucap terima kasih kepada dia, dan dia pun terasa di hargai..
Kalau aku plak, aku akan memastikan aku akan sentiasa mengucapkan terima kasih jika sesuatu perkara yang melibatkan 'Terima Kasih'. Orang akan menghargai kita selagi kita menghargai orang lain..
Sebagai contoh: Ada orang bagi hadiah kt aku, so dengan serta merta mulut ku terus menyebut "Ya Allah, Terima Kasih lah bg hadiah nie..buat susah2 jer..so sweet!..Len kali bagi lah lagi "...hahaha
-----------------------------------------------------------
Minta Maaf.
Kita manusia dikurniakan hati dan perasaan. Kita pula bukan hidup seorang diri, ada ramai di sekeliling kita, hidup bermasyarakat. Tidak di nafikan akan ada yang terluka dengan perbuatan pihak yang lain, dan adalah normal untuk kita marah atau terasa hati dengan perbuatan orang lain.
Sebenarnya aku nie terlalu senang memaafkan orang lain kalau dengan caranya. Masalah nya sekarang nie, patut ke aku nak memaafkan orng yang telah menyakitkan hatiku??Bukan senang aku nak percaya pada seseorang, tapi apabila aku dah mula percaya, dia buat "perdajey" muka aku...ni yang membuat kan aku sukar memaafkan dia..kalau ikut kan hati, lain..ikut kan mulut, lain plak..
Cuba hayati Lirik ni..sgt mendalam
" Mengapa Sukar Melafazkan Maaf
Tak faham mengapa begitu sukar padamu
Melafazkan maaf atas kesalahan lalu
Walaupun nyata engkau menjadi punca
Tak pernah sekali mengaku bersalah
Kau harus sedia menghadapi kenyataan
Tiap manusia mempunyai kelemahan
Tampak sempurna hanyalah di luaran
Aku sepertimu tidak lepas dari kesilapan
Dengan kekasaran, Bukan kemenangan
Dengan keangkuhan, Bertembung keegoaan
Semaikan di jiwa, Kemurnian budi
Hingga hidup kita
Saling menghormati... menyayangi..."
Tapi ku sedar semua ni tak kemana pun...
...2 B Continue....cz xleh berpikiaq dgn waras wat masa ni..
External Hard Disk
Thanks to my frenz Mizi, coz dia telah menyelamatkan aku...hahaha..
Bukan selamat kn apa pun cuma menyelamatkan data2 dlm laptop aku nie ha...
Rini dia bersusah payah mai hantar kat aku dari alor setar ke sungai petani..im very appreciate!
Tapi bukan semata-mata mai hntaq kt aku kan?kan?kebetulan ja dia mai Sungai Petani, jadi dia singgah lah...
xdan nk sembang2 pa pun teruih blah ja..aku taw ang sibuk...xpa next time kita sembang2 noh...
Anyway, aku syok gak lah terima benda alah nie...lama dah ku nk beli tapi xdan..Rini ada org mai sua kat aku, so aku terima seadanya lah..Hutang dulu, hehehe...awai bulan baru bayaq..
Sorry sorry
Sekarang ni trend K-Pop...tarian depa mmg best lar...group2 yg agk femes di rantau asia ni yang aku tau Super Junior, Beast, Infinite n Shinee...Aku berkenan dengan tajuk lagu Super Junior ni SORRY SORRY...kalau nak taw,masa aku dok masuk class erobic, lagu ni lah yg slalu kakak tue pasang..masa tue ku pun xtaw dia dok pasang lagu pa...oooo rupanya lagu korea...walaupun x pham maksud tapi layanz pi lah..
Bio Oil
Adakah anda mempunyai masalah parut yang memeningkan kepala anda? Tidak berkeyakinan? Malu pada diri sendiri? Itu bukan lagi satu masalah. Kini ada penyeselesaian bagi semua masalah anda. Hanya memerlukan sedikit pengeluaran wang sahaja untuk hasil yang menakjubkan! huhuhu.....
Akhirnya...dapat jugak ku memilikinya...Tak lah mahal sangat pun..semua orang boleh guna..Aku baru guna 2 hari dah...tapi kan muka aku ada sedikit mengelupas lah....tak pasti lah, aku guna bio oil ni ke yang muka aku mengelupas @ memang dah mengelupas sebelum ku guna nie..sebelum nie aku guna NV kat muka aku ni...Tp xpe aku akan sentiasa oles kan dimuka ku ni setiap hari selama 3 bulan (Jurujual tue kata kena pakai 3 bulan kak baru nampak kesan.Katanya lah....).
Ok..nie info serba sedikit pasal Bio Oil
Bio‑Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaiki penampilan parut, regangan kulit dan warna kulit tidak serata. Ia juga sangat berkesan untuk merawat penuaan kulit dan kulit yang kering. Ia dirumuskan untuk kegunaan pada kedua-dua muka dan badan.
Produk Bio Oil nie specialist skincare for:
- Parut
- Stretch marks
- Ketidakseragaman warna kulit
- Ageing skin
- Kulit kering
- Hasil yang terbukti secara klinikal
- Vitamin A dan E
- Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil
- Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
- Sesuai untuk kulit yang sensitive
- Tiada pengawet
- Yang pastinya Halal
Cuba lah Bio oil...Akan ku update semula apbila ianya berkesan...Tunggguuuuu!!!
Tak Keruan vs Berbuka Posa
arrrrggg...malu ada, segan pun ada,nk teriak pun ada.. xtaw nak ckp camna..
hampir 9 bulan x dengar suara..tup2 rini dpt bercakap..hahh..lega..
suara masih sama..mesti bdn berisi..ptg nie kemungkinan akan jumpa..entah cmna reaksi aku nnti!
Maaf..coz x invite awai2 utk berbuka posa utk rini 28hb Sept 201..bukan pa, dok ingat kalu invite pun mesti x join..nk call mesti x angkat, msg mesti x balas..tp rini agak pelik lar..aku call dia angkat plak..Thnks to Pali lah..kerana pali yg beria-ia soh aku call jugak2..Aikk! dia pun ada call aku jugak...ohh i realy2 luv his voice!..apa lah aku nie, ..pastu..pastu..pastu..entah apa ku ckp pun xtaw..Dia x teqha mana pun, yang aku lebih2 pehal?Yanz control ur self..ok2..
Ok..forget it..
Untuk berbuka puasa pada hari ni. Venue dkt ngan DATARAN IKAN BAKAR. Tempat nie kenangan masa zaman kolej dulu.kalau dulu sebelah dataran ini ada sebuah kedai mkn..geng kami gelar kedai mkn ni kedai 1.90...kenapa di gelarkan kedai 1.90 kerana kalau geng kami yg mkn kat situ, anak tokey tu akan kira mknan kami hnya dgn 1.90 shj.
Menu berbuka ada : ikan bakar, ikan masak 3 rasa, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit, telur dadar, sup tulang / sup daging. (nnati x cukup leh tambah lagi..)
setakat lani, geng2 yang nak join geng skema & geng budak jahat (gelaran masa kolej dulu2)..geng skema :Man & wife, Azhari, Mizi, Fikri. Geng jahat : Boy, Pali, Aba. Lain : Me (Yanz), Ams & wife, Wani Zura & hubby
"Selamat Berbuka ya kwn2..& Selamat Hari raya Aidilfitri"
** Ya Allah, Ya Tuhan ku..ujian apalagi yang kau berikan padaku Ya Allah..kenapa sejak sebulan kebelakangan ini terjadi sesuatu yg di luar jangkaan ku...adakah ini 1 dugaan untuk menguji ku Ya Allah? Ku mohon PadaMu Ya Allah, peliharalah aku, permudahkan segala urusanku Ya Allah.
Sambungan Selamat Merdeka Raya...
Marin dulu, Khamis 25hb Ogos 2011..kami beramai2 (geng madaniah jer- Yanz, Wan, Farah, Syaza,Ida (Istri Ust), Zarif, Ust.Nizam, Syahrul, Shahir & Zamer) pergi berbuka puasa di ASIATICA PALACE RESTAURANT Kepala Batas, Pulau Pinang. Makanan kat sini ala-ala Arabian cket. Ubah selera cket asyik Kedah jer kan...Wah! kali nie ku x kelam kabut coz kali nie ku tak arrange cari tempat & menu. Tugas nie di serahkan kpd Zarif.. So dia lah semua..tp kami bagi jugak lah idea2 nk mkn apa..
Anyway..kpd sesiapa yg nk berbuka di restaurant ala-ala arab nie,bleh la singgap sekejap kt sini..(tp tunggu buln posa taun dpn pulak lah.) http://asiatica-palace.com/index.php
Berbuka posa kali ni bukan nya secara formal pun, jadi kepada sesiapa yang tak di jemput tue jgn kecik hati k..terutama our bos..jgn kecik hati yer..kami tak terniat pun xnak jemput, ini just suka2 nk mkn kat luar jer.Untuk En Zul & En Zaxx pun kitaorang tak jemput jugak. So uols jgn kecik hati yer..xpa next time ada lagi..InsyaAllah kami akan jemput..
Macam biasalah, p mana2 mesti ada gambaq kan..So ni ha ada lah cket2 untuk tatapan semua.hehehehe....
Ermmm..our menu for 2day
1) Chicken Talam Mandy
-Roasted marinated chicken serves with mandy rice, roasted chillies, lemon & tomato widges..
2) Taza Cpleslaw Salad
3) Asiatica Fries
Selamat Merdeka Raya...
Ermm marin ku tak sempat nak update blog lar coz aku cuti..so masa cuti tue ada banyak kerja yang sempat aku buat. Antaranya :-
** kemas cket2 kt dapur, basuh apa2 yg patut n buang smpah..(arr rumah aku ni mcm dok 10 org, pdhal 3 org jer)
** P Shopping baju raya - Central Square n Biliion jer. (alhamdulillah ada org blanje)
** Buat kuih raya - Biskut Konflek Bermadu.(1st time buat sorang2 plak tue)
** Zzzzzz kejap kerana kepenatan g jenjalan cari baju ry n wt kuih sorang2
** Kluar p bazar ramadhan ngn hmate baru (Yati nm nya)- erm rini dari umh lagi dh niat xmau mkn nasi coz nk mkn nasi masa sahur nnti, so beli yg simple2 jer spt cucuq udang, bihun goreng n maggie goreng (oleh kerana masih panas n baru diangkat thy y aku beli menu nie..)
nk tengok kuih raya ku?nanti ku upload k..
Majlis Berbuka Puasa 2011
salam 1 malaysia,
Beberapa hari yang lepas Madaniah berbuka puasa di Sekolah Tahfiz, di Kuala Ketil. kami dengan 2 biji kereta (waja - i punya & Alphard- Datuk punya) seramai 8 orang (4 perempuan & selebihnya lelaki) telah bertolak dari Sungai Petani - Kuala Ketil untuk berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dan adik2 hafiz n hafizoh..sebelum ke sana mmg kami ada telefon dulu, supaya tidak kelam kabut.n kami juga ada bawa mknn sendiri untuk berbuka bersama2 mereka.
sesampainya di sana, wanita n lelaki di asingkan terus. Jadi group wanita ikut sebelah kiri bangunan n group lelaki ikut kanan..kami sempat mnolong apa yang patut untuk menghidang juadah berbuka..Bang berbunyi maka berbuka lah kami..yang best nya makan dalam talam. 1 talam 6 org. xpe ini pengalaman aku. walaupun x kenyang tapi aku bersyukur padaMu Ya Allah.Selesai mkn kami solat magrib berjemaah. Habis jer solat, duduk kejap n borak2 dengan Istri Pengasas kat situ yang di panggil IBU..kemudian balik
p/s: kami x di benarkan mengambil gambar (muslimah)dan kami terpaksa akur
tetapi group lelaki dapat juga snap..he3..syabas!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam kami dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Datuk (bos kami lah nie). Semua staff Madaniah terlibat. tak lupa juga kepada x-staff kitaorang jemput. Tapi yg bleh mai hnya ZIRA sorang jer..Zira memang terbaik lah..
Nuzul Al-Quran
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Wahai Lelaki
WAHAI LELAKI
JIKA BENAR KAU KASIH DAN CINTAKAN WANITA ITU
JAGALAH DIA DENGAN BAIK
KASIHANILAH DIA,LINDUNGILAH DIA
BERILAH KASIH SAYANG PADANYA
HARGAILAH DIA
UCAPKANLAH TERIMA KASIH ATAS KELEBIHANNYA
NASIHATILAH DIA
BAWALAH DIA KE JALAN ALLAH
PERBETULKAN KESILAPANNYA
BERSABAR DENGANNYA
TERIMALAH DAN CINTAILAH KEKURANGANNYA
JADI IMAN TERBAIK DAN REDHALAH PADANYA
~SEMOGA DIA MENUNGGUMU DISYURGA SEBAGAI BIDADARIMU.
Salam Ramadhan
Rasanya belum terlewat lagi aku mengucap kan kepada semua SELAMAT BERPUASA..hari ni adalah hari ke-7 umat islam berpuasa kan?Ermm 1st day, 2nd day, 3rd day n 4th day aku berbuka di umah jiran sebelah..MasyaAllah awat nie??..umah sndri xdk ka yang p bukak posa umah org...bukan cmtu..umah sebelah xdk orang,tinggal 3 beranak ja..so aku join lah bagi cukup korum...x salah kan?lagipun best what..berbuka ramai2 xlah boring...
Hari ke-5 aku balik kampung..berbuka with my family..best dpt mkn ramai2 ni..riuh rendah dengan anak2 sedara aku ja..Hari ke-6 plak, ada jemputan dari bos aku..so kami sebagai staff kena terima jemputan itu, iaitu berbuka di surau Tmn Sejati..Alhamdulillah dpt berjemaah beramai2 n berbuka beramai2..
Bab tarawih plak..alamak dah 3 kali aku x pegi tarawih nie..so rasanya nk kena pegi gak walaupun sorang malam nie..harap2 mata ni x ngantok awal mlm ni..
Ermmm..hari ni nak berbuka di mana plak erk?umah sebelah @ kt luar @ beli bungkus je mkn kt umah? Apa pun kena tunggu pukul 6 petang nie baru boleh wat keputusan...
ok lah selamat berbuka puasa yer...
sayonara..
Cemburumu Cemburuku jua!!
SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau di kalangan kawan-kawan. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.
Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.
Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.
Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.
Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.
Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.
Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.
Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu
1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.
2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.
3. Menangis semahunya (lelaki kalau nak menangis pun ok)
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.
4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.
5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.
6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.
7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.
8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.
Lirik Lagu
wahhh cayalah CikYanz bleh wat lirik lagu sendiri....mcm x caya pun ada..
ini semua berkat nk masuk Pertandingan Carian Lirik Terbaik, oleh RR (Razzi Rahman)..
korang kenal x RR tue sape? nk gtaw cket lah erk..actualy RR tue ialah artis...menyanyi pun bleh, menggubah lagu pun boleh, mengarang novel cinta2 pun boleh...so aku just suka2 ja masuk pertandingan tue..
kalu ada rezeki adalah...bnyak saingan dia ooooo..
ok nie dia hasil kerja ku..tajuk yg ku beri adalah HADIRMU...layanzzz..
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
- Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
C!nt@
Boleh dengan bersebab atau
Kawan & Cinta
Di suatu hari yg indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. tiba-tiba CINTA terjatuh di dlm telaga.
Knp? kerana CINTA itu buta.
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga.
Knp? Kerana KAWAN akan buat apa shj demi CINTA!
Di dlm telaga CINTA hilang.
Knp? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang, kalau x di jaga, sukar dicari apatah lg dlm telaga yg gelap. sedangkan KAWAN masih tercari-cari di mana CINTA dan menunggu.
Knp? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sbg KAWAN yg setia. jd hargailah KAWAN kita selagi terasa dia BERERTI...
aku adalah aku..
Siapa aku?
Diriku merupakan anak kelahiran Kedah Darulaman. Anak jati Kedah. Ibu bapa aku pun anak jati Kedah juga ; jadi terhasillah aku yang kini telah hidup selama 29 tahun. Di lahirkan pada 01 Feb(tahun di rahsiakan), berbangsa melayu, beragama islam dan masih single.ha3..
Aku merupakan anak ke-2 daripada enam (6)adik beradik.kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Aku merupakan bekas pelajar Institut Hasani, dimana jurusan yang aku ambil ini adalah Diploma Kejuruteraan Komputer.
Aku sudah bekerja dan kini merupakan seorang Pengurus di Madaniah Group Of Companies. Baru naik pangkat jer.Mula berjinak-jinak dlm bolg ni baru sahaja. Itupun atas pertolongan kawan. Tak la pandai sangat pun..Terima kasih kepada kawanku (x perlu taw namanya)
Latar belakang pendidikan
Memulakan pendidikan awal di Sek.Keb.Kg Betong (1989 -1991), kemudian berpindah ke Sek.Keb.Bersatu, Sg Petani (1992-1993), kemudian berpindah semula ke sekolah lama iaitu Sek.Keb.Kg Betong(1993-1994). Mendapat pendidikan di Sekolah Men.Jeneri (1995-1996). Kemudian sambung belajar di Kolej Swasta dalam Jurusan Diploma Kejuruteraan Komputer(2001-2004)
Pengalaman Kerja
Aku start bekerja semasa berumur 16 tahun lagi. Masa tue baru Form 4.kerja kilang (Long Chuan, Gurun). Setahun jugak lah kerja di situ. Pagi aku ke sekolah, petang aku ke kilang.Bersama member –member kamcing giler ar masa tue (Yanz
Ok berbalik pada pengalaman kerja aku. Selepas habis je spm , aku kerja lagi kat kilang. Kilang tue namanya Iriichi (m) bhd. Setahun lebih jugak la aku kerja.Yang ni ada kemajuan sikit coz aku baru kerja sahaja, sudah naik pangkat. Alhamdulillah rezeki aku kot. Seronok punya seronok kerja masa tue, tetiba member aku ajak aku masuk kolej plak. Aku pun tanpa berfikir panjang terus ikut sambung belajar. Habis jugak aku belajar selama 3 tahun, and dapatlah aku Dip.Kejuruteraan Komputer. Mak Abah aku bangga jugak la. Habis blajar and Aku membuat praktikal di Pusat Komputer Negeri, Komtar, Penang. Merasa gak lah aku keja dalam goment.
Habis pada praktikal, aku kerja pula di Pizza Hut (m). memang best ar masa kerja di sini.banyak pngalaman aku dapat masa kerja di sini. Rezeki aku murah lagi, aku dinaikkan pangkat jugak sebagai All Star (dlm erti kata lain sbg supervisor). Selepas itu aku berhijrah tempat kerja pula iaitu di Loyer Firm selama 3 tahun. Mula2 nak kerja selama 3 bulan saja, macamna boleh jadi 3 tahun?. Selepas pada situ aku berhijrah tempat kerja lagi iaitu di Naza. Kerja kat sini mencabar sikit, tak sampai 3 bulan aku kerja di sini, daripada memalukan muka aku sendiri lebih baik aku berhenti dari awal. Selepas itu aku dapat tawaran bekerj sebagai Asst Manager di sebuah syarikat melayu iaitu Madaniah Group Of Companies, sampai sekarang aku masih bekerja di sini lagi,and now sebagai…(biarlah rahsia)…memang bertuah dapat masuk bekerja di sini, dunia dapat, akhirat pun dapat insyaAllah.
Anda digalakkan meninggalkan komen tentang blog atau artikel yang telah ditulis dalam blog ini. Ia bertujuan untuk menambahbaikkan dan memperbaiki kelemahan supaya saya dapat memberi yang terbaik untuk pembaca blog ini.
Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana melawat blog saya. Dan doakan kejayaan saya, Insyaallah.
Dari pemilik blog,
Heart
"hati ku bukan untuk disakiti...tapi diberi untuk di isi dengan sayang"
dulu....
there's someone penah cakap kat aku....
i luv u so much sayang..(kekadang pkiaq leh cye ke ayt nie?...)
' u complete to me...'
"1 day B will married sayang...."
hahahahaha
funny right....
tapi itu cuma kata2 yang x akan penah jadi dalam real life aku...
merepek...
tapi dalam pd merepek tu...
aku penah sandarkan harapan pada kata2 tu...
bukan lah harapan setinggi gunung everest tu...
tapi cuma mengharapkan insan tu menghargai aku...
tapi....
itu hanyalah harapannn....
dah berkubur pon....
Women vs Men
women...
if u kiss her, u'r not a gentlemen
if u dont, u'r not a man
if u talk, she want u 2 listen
if u listen, she wants u 2 talk
if u praise her, she thinks u'r lying
if u dont, she gets moody
if u agree 2 all her likes, u'r a wimp
if u dont, u'r insensitives
if u dress well, she thinks u'r a playboy
if u dont, she says u'r a slob
if u'r jealous, she says u dont trust her
if u'r not, she thinks u dont love her
if u visit ur buddies, u'r depriving her of "quality time"
if she visits her buddies, it's 4 "girl talk"
if u stare at another woman, she sulks 4 hours
if she stared by the other men, she says u should be pleased 4 her
men...
if u kiss him, u'r easy
if u dont, u'r frigid
if u talk, its alwayz 2 much
if u listen, its never enuff
if u praise him, he thinks u'r a fake
if u dont, he thinks u dont like him
if u agree 2 all his likes, u'r too submissive
if u dont, u'r too controlling
if u'r well dressed,he says u'r vain
if u arent, he thinks u'r a dog
if u'r jealous,he says u'r possessive
if u'r not, he fools around
if u see another man, u'r "two timing him"
if he sees another women, they'r "just gud fren"
if u stare at another women, he says u'r jealous
if he stares at by other man-boy, u'r in trouble!