RSS
Post Icon

Terima Kasih, Minta Maaf

salam 1 Malaysia..

Pagi tadi masa ku dok iron baju sambil dok tgk tv MHI, aku tertarik dengan segmen bual bicara ni yang bertajuk "Terima Kasih, Minta Maaf"..
--------------------------------------------------------
Terima Kasih

Terima Kasih Malaysia... Aku bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia, makan minum cukup, pakaian dan tempat tinggal lengkap. tidak seperti di negara miskin yang lain...

Sebagai manusia kita kena selalu mengucapkan terima kasih. Contohnya jika seseorang menghantar sesuatu kepada kita, ringankanlah mulut anda untuk mengucap terima kasih kepada dia, dan dia pun terasa di hargai..

Kalau aku plak, aku akan memastikan aku akan sentiasa mengucapkan terima kasih jika sesuatu perkara yang melibatkan 'Terima Kasih'. Orang akan menghargai kita selagi kita menghargai orang lain..
Sebagai contoh: Ada orang bagi hadiah kt aku, so dengan serta merta mulut ku terus menyebut "Ya Allah, Terima Kasih lah bg hadiah nie..buat susah2 jer..so sweet!..Len kali bagi lah lagi "...hahaha

-----------------------------------------------------------
Minta Maaf.

Kita manusia dikurniakan hati dan perasaan. Kita pula bukan hidup seorang diri, ada ramai di sekeliling kita, hidup bermasyarakat. Tidak di nafikan akan ada yang terluka dengan perbuatan pihak yang lain, dan adalah normal untuk kita marah atau terasa hati dengan perbuatan orang lain.

Sebenarnya aku nie terlalu senang memaafkan orang lain kalau dengan caranya. Masalah nya sekarang nie, patut ke aku nak memaafkan orng yang telah menyakitkan hatiku??Bukan senang aku nak percaya pada seseorang, tapi apabila aku dah mula percaya, dia buat "perdajey" muka aku...ni yang membuat kan aku sukar memaafkan dia..kalau ikut kan hati, lain..ikut kan mulut, lain plak..
Cuba hayati Lirik ni..sgt mendalam

" Mengapa Sukar Melafazkan Maaf

Tak faham mengapa begitu sukar padamu
Melafazkan maaf atas kesalahan lalu
Walaupun nyata engkau menjadi punca
Tak pernah sekali mengaku bersalah

Kau harus sedia menghadapi kenyataan
Tiap manusia mempunyai kelemahan
Tampak sempurna hanyalah di luaran
Aku sepertimu tidak lepas dari kesilapan

Dengan kekasaran, Bukan kemenangan
Dengan keangkuhan, Bertembung keegoaan
Semaikan di jiwa, Kemurnian budi
Hingga hidup kita
Saling menghormati... menyayangi..."


Tapi ku sedar semua ni tak kemana pun...

...2 B Continue....cz xleh berpikiaq dgn waras wat masa ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Keterai Menerai said...

err.. adakah ini cetusan dari otak yang tidak waras pada waktu penulisan ini dibuat ? hehe

cikyanz said...

haha...agak nya lah kot...

Post a Comment