RSS
Post Icon

Minyak Motor Habis

Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang menyelamatkan aku tadi. 
Ceritanya begini....

Dalam perjalanan balik dari Taman Ria (kerana berbuka puasa di rumah Ila). Aku menunggang skuter kepunyaan adikku. Dengan lajunya aku bawa sambil menyanyi riang ria. Tanpa di sedari aku dapat rasakan sesuatu, tetapi aku membiarkan ke tepi rasa itu kerana bagi ku mahu cepat sampai di rumah. Sesampai sahaja di trafik light, tetiba skuter yang aku tunggangi itu mati di tepi jalan.

Ya Allah..Ha sudah...dugaan apa yang Allah bagi padaku ini.
Astagfirullahhalazim..Aku agak mesti minyak habis ni. Macam mana boleh habis?
Ya, Baru aku teringat dah seminggu aku tak isi sejak datang dari kampung minggu lepas.
Ya Allah bila sedar jer minyak habis,muka ku mula menebal malu tak terhingga..macam udang galah kena bakar. Nasib baik waktu malam jadi, kemerahan ini tak berapa menonjol sangat.
Aku pun apa lagi,di dalam samar-samar kegelapan malam di bawah sinar lampu jalan, aku buat-buat start semula starter skuter tu. Walaupun ku tahu memang tak akan hidup. Dalam waktu yang sama dalam kepala otak ku ini hanya sorang je nama yang ku fikir boleh membantuku ini. Tapi bila di fikirkan  kesian pula, takut dia dok jauh atau ada kerja ka..abaikan lah..

Aduh..malunya. Aku dapat rasakan ada mata-mata yang memandang ke arahku .Dalam hati: nape lah diorang pandang sahaja n tak mau tlg aku ka?
Dalam hati ku berkata lagi: ok sabar n cold Yanz..Di bulan puasa ini pasti ada orang yang datang membantu.
Tuhan itu Maha Adil. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang membantu aku.
Sebaik sahaja lampu hijau, ada hamba Allah ni tegur aku dari belakang."Nape?minyak habis ker"? Jawabku dengan slamber "Aa, rasanya kot, tolong sat". Dengan muka menebal aku jawab macam tu dekat mamat ni.. " Ok,meh saya tolong awak tolak". Aku menjawab "Eh tak pe ker, motor nie berat, boleh ker"?. Hamba Allah tu menjawab "boleh-boleh".
Jadi, hamba Allah tu tolong tolak menggunakan kakinya sehingga sampai di stesyen minyak Caltex. Aku hanya sempat mengucapkan " Terima kasih na" kat dia. Selepas isi minyak, aku tengok dan mencari lah jugak Hamba Allah itu, tapi dia sudah menghilang.

Aku berdoa Semoga hamba Allah itu mendapat perlindungan daripada Allah. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Rahsia Rasa Hati

Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan tersiksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia??



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Instanet

Instanet? Apa tue?...
Ooo rupanya benda  alah ni prepaid broadband from Celcom...Mula2 aku tertanya2 jugak menatang apa..Now x perlu daftar broadband untuk pakai line Maxis @ Celcom lagi @ apa2 line lah..Kerana memang aku xleh daftar pun sbb nya blacklist daa...Baguih jugak ada benda nie..leh aku pakai. Erm yang best nya..tak perlu beli broadband KERANA apabila uols daftar anggap je lah handset uols mcm broadband lah. (Tapi kena hset yg agak mahai cket lah..yg chokea2 sory to say k...mmg xbleh). Ini kerana, selain drpda bleh guna d hset sndiri, bleh juga connet to ur pc @ laptop....He3 xtaw lah uols paham ke x apa yang aku cuba sampai kan ni...he3


Yang pentingnya, tadi sebelum Magrib aku dh try guna..Erm mula2 beli x mahai pun RM 12.50 + 10.00 (topup selama seminggu). Erm try baca di bawah..



3 new prepaid broadband plans are available under Instanet:
  • Instanet Monthly: RM50/month(1st time subscription @RM30), 1.5GB  data allowance, speed up to 512Kbps
  • Instanet Weekly: RM18/week, 1GB data allowance, speed up to 512Kbps
  • Instanet Daily: RM5/day, 500MB data allowance, speed up to 512Kbps

Alamak, tp yang x bestnya.. sim card aku terpaksa bertukar hset lain lah...Erm mn nak cari hset lain ni.....nak x nak kena tunggu gaji dulu lah...baru bleh beli hset baru plak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Jatuh


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Happy Mother's Day

Walaupun lambat post untuk entry ni, ku nak wish jugak..selamat hari Ibu kepada ibu-ibu n bakal ibu di seluruh Malaysia..n for my Mum..we luv u mum..this is special for u mum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

xternal h.disk punya casing

Hari ni saya nak share projek crochet yang saya buat sebelum ni.

Inilah hasil nya...

Cover xternal hard disk ni memang buat sesuka hati.ikut pattern sendiri.
memang ngam-ngam je lah...nak order ker?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

scarf /mafla




i just finished crochet a scarf...erm hijau kuning lagi taw...




siap last week lagi, tapi baru nk upload this!...erm
Finally..tara...macam ini lah..
who want to order this plz PM me okey....?(he3 just kiding lar)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS