Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan tersiksa
Kerana hati jiwa merana
Rasa hati
Perlukah kita memendam rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia
Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia??
Rahsia Rasa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment