RSS
Post Icon

Cinta Gila

Lagu cinta Gila ni bukanlah lagu baru..
Mesti ada yang familiardengan lagu ni kan?
Dan mesti ada gak yang tak penah suka layan band melayu..
But im like this song..ermm
Lagu nie mengingatkan saya pada seseorang..he3

Ok kita layanz...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Azam Tahun Baru

Bila menjelang tahun baru pasti ada azam baru yang akan di buat. Mungkin ada yang masih sama dengan yang lama dan ada yang baru.Tak kurang juga yang tak berbuat azam (mungkin hidup dah berjaya..).Bukan mudah membuat azam, lebih mudah bercakap berbanding melaksanakannya tapi sebagai manusia seeloknya kita ada azam..Azam memberi kita panduan untuk teruskan hidup.

Ermm azam aku tahun ini ialah nk menamatkan zaman bujang,,he3...Semua orang dan kawan-kawan yang berada d sekelilingku menanti bila kah saat itu..InsyaAllah aku akan tunaikan permintaan yang satu ini. Aku tahu korang semua sayang n caring bebenor ngan aku ni, that y korang kalut sangat bila nk makan nasik minyak umah Yan ni...
sabar ye kawan-kawan..saat itu akan tiba jua..

Ada 1 lagi azam aku untuk tahun ini iaitu aku nak bukak syarikat sendiri..he3...
p daftar dulu, niaga belakang kira..Kemuadian kalu ada rezeki lebih cket aku nak daftar kewangan (MOF)..
So kalu ada lesen ini,bleh la aku menjadi pembekal apa-apa produk dan perkhidmatan kepada kerajaan ke apa ke..dan juga Boleh menyertai sebutharga dan tender kerajaan..
InsyaAllah..ermm kita hanya merancang Tuhan yang akan menentukannya...



korang plak?apa azam korang untuk tahun 2012 ni??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kejarlah C!ta-C!ta sebelum C!nta

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dgn sendirinya cinta itu akan hadir. Cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan. Apa yg buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Cinta kurniaan Ilahi. Mengapa harus dibenci?yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta
hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa  usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernah kah kau terfikir kebesaranNya itu???

Memberikan seluruh cintamu kepada seorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sehingga cinta berkembang dihatinya tetapi jika tidak berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapaan dan seringkali berakhir dengan airmata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kwn nak datang melawat di Kedah a.k.a tempat menarik di Kedah

salam all...
Dah lama rasanya x update blog ni kan?bukannya apa x sempat coz bz memanjang dengan kerja...
Hari ni rasa lapang sikit sebab kerja yang tertangguh sebelum ni sudah beres, n ada saki baki sikit saja lagi...hehehe
So hari ni boleh lah update sikit blog..mana lah tahu lepas nie lambat lagi nak update sebab xde masa yang lapang..
So..berbalik kepada tajuk asal kita hari ni..ermm Tempat Menarik di Kedah!..hahaha..

korang tau dak tempat menarik area kedah ni?Alamak pening aku..kawan baru aku nak datang Kedah hari ni..diaorang dh bertolak dari KL dah pun hari ni..
Hari ni jugak lah aku baru nak cari tempat yang sesuai untuk diorang pergi...
Dalam pala otak aku nie, ku dok nampak Gunung Jerai jer..Langkawi?
Langkawi coz mmg diorang nak pergi terus pun, balik dari Langkawi baru diorang nak jumpa n singgah Sungai Petani.
Adoyai dengan Homestay or Hotel lagi ni x cari...ok Yanz sabar ok sabar, bertenang..search elok2..

Ok. Mengikut dalam pala otakaku nie, tempat yang akan aku bawa diorang ialah:
1. Gunung Jerai        - aku boleh bawa diorang tgk panorama di atas Gunung Jerai.Di puncaknya ada resort, air terjun, Muzium P'hutanan n katanya ada bunga. Nama bunga tu " Bunga Kembang Tiga Bulan".Nak story sikit pasal bunga ni...katanya bunga nie bleh bertukar warna setiap bulan iatu warna Putih, Ungu dan Kemerah-merahan. Wah best nya aku pun x pernah tgk lagi ni.

2. Pantai Merdeka    - Pantai Merdeka ada apa erk?Ermm bagi diorang tgk pantai jalah..@ pun kalu dioarang nak pergi Tanjung Dawai, Bleh naik bot dari Pantai Merdeka...

3. Tanjong Dawai    - Tanjung Dawai bersebelahan dengan Pantai Merdeka. Ada macam2 jualan hasilan laut.seperti ikan kering, belacan, sotong, keropok dll. Kalau diorang suka masak n makan jenis ikan2 kering ni selamat lah aku.

4. Tasik Pedu        - Tempat ni pun ku x besa p lagi, cmna nak bawak depa..Kalu p sini boleh singgah dekat Ladang Anggur, dekat dengan Beris..

5. Naik Feri ke Padang Kota - yang ni malam boleh la aku bawak relax2 dekat Padang Kota...

Lain-lain tempat mintak maaf lah kwn2 coz aku xtaw jalan nak p...pernah p tapi jalan x ingat da...

** Pasni aku nak wat entry mengenai Tempat-temapat menarik yang ada di Kedah plak..Tungguuuu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Falling In Love

Citi Nurhaliza nyanyi lagu Omputeh....



Layanzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Terima Kasih, Minta Maaf

salam 1 Malaysia..

Pagi tadi masa ku dok iron baju sambil dok tgk tv MHI, aku tertarik dengan segmen bual bicara ni yang bertajuk "Terima Kasih, Minta Maaf"..
--------------------------------------------------------
Terima Kasih

Terima Kasih Malaysia... Aku bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia, makan minum cukup, pakaian dan tempat tinggal lengkap. tidak seperti di negara miskin yang lain...

Sebagai manusia kita kena selalu mengucapkan terima kasih. Contohnya jika seseorang menghantar sesuatu kepada kita, ringankanlah mulut anda untuk mengucap terima kasih kepada dia, dan dia pun terasa di hargai..

Kalau aku plak, aku akan memastikan aku akan sentiasa mengucapkan terima kasih jika sesuatu perkara yang melibatkan 'Terima Kasih'. Orang akan menghargai kita selagi kita menghargai orang lain..
Sebagai contoh: Ada orang bagi hadiah kt aku, so dengan serta merta mulut ku terus menyebut "Ya Allah, Terima Kasih lah bg hadiah nie..buat susah2 jer..so sweet!..Len kali bagi lah lagi "...hahaha

-----------------------------------------------------------
Minta Maaf.

Kita manusia dikurniakan hati dan perasaan. Kita pula bukan hidup seorang diri, ada ramai di sekeliling kita, hidup bermasyarakat. Tidak di nafikan akan ada yang terluka dengan perbuatan pihak yang lain, dan adalah normal untuk kita marah atau terasa hati dengan perbuatan orang lain.

Sebenarnya aku nie terlalu senang memaafkan orang lain kalau dengan caranya. Masalah nya sekarang nie, patut ke aku nak memaafkan orng yang telah menyakitkan hatiku??Bukan senang aku nak percaya pada seseorang, tapi apabila aku dah mula percaya, dia buat "perdajey" muka aku...ni yang membuat kan aku sukar memaafkan dia..kalau ikut kan hati, lain..ikut kan mulut, lain plak..
Cuba hayati Lirik ni..sgt mendalam

" Mengapa Sukar Melafazkan Maaf

Tak faham mengapa begitu sukar padamu
Melafazkan maaf atas kesalahan lalu
Walaupun nyata engkau menjadi punca
Tak pernah sekali mengaku bersalah

Kau harus sedia menghadapi kenyataan
Tiap manusia mempunyai kelemahan
Tampak sempurna hanyalah di luaran
Aku sepertimu tidak lepas dari kesilapan

Dengan kekasaran, Bukan kemenangan
Dengan keangkuhan, Bertembung keegoaan
Semaikan di jiwa, Kemurnian budi
Hingga hidup kita
Saling menghormati... menyayangi..."


Tapi ku sedar semua ni tak kemana pun...

...2 B Continue....cz xleh berpikiaq dgn waras wat masa ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

External Hard Disk

Thanks to my frenz Mizi, coz dia telah menyelamatkan aku...hahaha..
Bukan selamat kn apa pun cuma menyelamatkan data2 dlm laptop aku nie ha...
Rini dia bersusah payah mai hantar kat aku dari alor setar ke sungai petani..im very appreciate!
Tapi bukan semata-mata mai hntaq kt aku kan?kan?kebetulan ja dia mai Sungai Petani, jadi dia singgah lah...
xdan nk sembang2 pa pun teruih blah ja..aku taw ang sibuk...xpa next time kita sembang2 noh...

Anyway, aku syok gak lah terima benda alah nie...lama dah ku nk beli tapi xdan..Rini ada org mai sua  kat aku, so aku terima seadanya lah..Hutang dulu, hehehe...awai bulan baru bayaq..

 Inilah benda alah tue...Contents : Acer 2.5" slim xternal hard drive. Compatible Operating Systems: Win 7 / Vista /XP /ME /98 SE, MAC OS & above.

Pasni leh ler aku format laptop nie..dah 4 taun guna...ada macam2. Bukan pa backup tuk masa dpn..he3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS