RSS
Post Icon

Seribu 1 macam

Salam 2 all. Rasanya lama sangat dah saya tak post entry kt ni..Mungkin di sebabkan kekangan kerja yang bertimbun, masalah keluarga, masalah sendiri, masalah rumahtangga, masalah kawan2 & macam2 masalah lagi lah..(chewahh macam profesor muhaiya lah plak dok tlg settle masalah orang lain..ermmm)

Sejak 2 menjak ni, dalam tempoh enam (6) bulan macam-macam masalah yang menimpa pada diri ku.. Satu persatu. Tapi xpe aku kuatkan semangat n tabahkan hati untuk menempuh ujian yang Allah Taala berikan padaku...

<> Ibu aku  kerap dimasukkan ke hospital. Hospital Sik - Hospital Sungai Petani 3x

<> Pergaduhan kecil antara adik dan kakak.Kerana di sebabkan oleh kereta yang tidak di bayar berbulan-bulan. Sy akui kerana percakapan laser sy ini terjadi perang mulut ini. Tetapi sbg adik dia harus faham dan ini adalah kesalahan yang dia cipta sendri, jangan salah kn orang lain atas kesalahan diri sndri..ermmm..
Tetapi sy sebagai kakak, bg sy benda ini tersangat lah kecil, kenapa nk sampai gaduh2. Sy anggap dia tidak matang dan sbg kanak2 ribena yang tidak boleh di tegur, bila di tegur nangis n merajuk..pantang aku kalu orang kuat merajuk ni..wekkksss...wht ever is awk tetap adik sy dunia akhirat..

<> Kehadiran semula insan yang tidak di duga.Muncul semula dalam hidupku setelah hampir sepuluh (10) tahun tidak bersua malah bercakap. Kehadirannya kali ini dengan hajat dan amat bermakna. Tapi bg ku sudah terlambat....Andai ada jodoh x kemana..-Sabar-Usaha-Tawakkal-

<> Ibu ku sekali lagi di masukkan ke Hospital Sungai Petani kerana melakukan pembedahan membuang fibroid di rahim. Rupa-rupanya bukan rahim je kena buang tetapi ovari juga di buangnya..Kesian dekat mak aku. Mak aku kena makan setiap hari ubat kalsium & ubat subur sepanjang lima (5) tahun berturut-turut.

<> Pergolakan rumahtangga, biasalah menjadi lumrah kehidupan..yang pastinya hanya aku & Dia yang mengetahui isi hatiku...no longer

<> Insan yang menjadi tempat rujukan aku, tempat aku luahkan segala masalah, tempat aku mengalirkan air mata...telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Aku x pasti samada aku gembira @ tidak. Tapi yang pastinya dia telah selamat diijabkabulkan. Semoga bahagia itu milik awak. dan aku?ermmm  belom pasti lagi...

<> Sekali lagi aku di uji...besar jugak dugaan ini..Tapi yang ini tidak boleh di ceritakan. Biarlah rahsia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

KEBAIKAN MANDI AIS

TAHUKAH ANDA KEBAIKAN MANDI AIS?

Assalamualaikum dan salam 1malaysia. Syukur kepada Allah kerana saya dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan korang semua. Semoga dengan ilmu yang di kongsikan ini dapat kita amalkan dan manfaatkan dalam kehidupan seharian kita, In Sya Allah...

Ok, pernah tak korang dengar mengenai Mandi Ais? Sebelum ini kita hanya dengar mandi susu, mandi bunga, mandi aroma terapi dan lain-lain mandi lagi lah..
Satu kajian mendedahkan cara berkesan UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN, TEKANAN ATAU KELESUAN adalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Baru saya teringat rupa-rupanya semasa saya di zaman sekolah dulu, Abah saya akan mandikan saya dengan air sejuk (air di dalam peti ais), kerana pada ketika itu saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Jadi dengan cara mandi ais teramatlah berkesan.

Selain itu juga, mandi ais ini DAPAT MEREDAKAN KETEGANGAN. Ia DAPAT MENYEMPITKAN DARAH DAN MENINGKATKAN GULA DALAM DARAH. Bagi mereka yang mengalami IMSONIA @ MASALAH TIDUR elok rendamkan kaki dalam air sejuk. Keadah ini juga baik bagi mereka yang mengalami LELAH, SEMBELIT, SELESEMA DAN  PENDARAHAN HIDUNG. Teringat juga saya pada kawan saya di zaman kolej dulu. Dia selalu berlaku pendarahan di hidung. Kami sebagai kawan, mula-mula agak panic juga tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan, dan jalan terbaik untuk menghentikan pendarahan itu kami mencari ais kiub untuk diletakkan di hidungnya.

Ais @ air sejuk DAPAT MENGEMBALIKAN MEMORI ATAU SIFAT PELUPA YANG KETERLALUAN. Membiasakan diri menguyah ais akan MENINGKATKAN KECERDASAN FIKIRAN DAN KEPANTASAN PERGERAKAN. Ais  amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak di sangka-sangkakan, seperti MENGURANGKAN RASA KESAKITAN SEBANYAK 20%  DAN MEMULIHKAN OTOT YANG CEDERA.

Bagi sesiapa yang nak kuruskan badan, mandi ais adalah cara terbaik UNTUK MEMBAKAR LEMAK. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang dari lemak. Adakah anda pernah lalui dimana anda melakukan senaman tetapi masih tidak mendapat hasil yang dimahukan. Ini kerana mungkin ketika anda melakukan senaman, hanya kalori lain yang terbakar dan bukannya lemak. So... mandilah ais sekerap mungkin yer... Selain itu, mandi ais juga DAPAT MEMBANTU UNTUK MENYIHATKAN LAGI KULIT serta MEMBANTU RAMBUT ANDA KELIHATAN LEBIH BERSINAR.
Untuk lelaki pula, mandi ais juga dikatakan mampu MENINGKATKAN KADAR HORMON TESTOSTERON mereka. Hormon testosteron ini mampu memberi kekuatan atau tenaga yang luar biasa terhadap seseorang.

Setelah rujukan di buat,  info-info mengenai mandi ais ini di baca, barulah saya faham bahawa Ais ini bagus untuk kesihatan. Sebelum ini yang saya tahu orang kata ais tidak elok, kalau selalu minum perut akan buncit, sakit urat lah, dll... ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. Kalau nak ikutkan memang banyak lah, tapi tak larat nak baca kot ..

So, qhulasohnya .. Mandi ais ini baik untuk kesihatan. Sekiranya kita selalu mengamalkan mandi ais ini ianya dapat mengurangkan sedikit masalah kesihatan yang kita alami. Setiap penyakit ada penawarnya, Cuma kita tak  jumpa yang sesuai sahaja.

Ok lah hingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Salam comey dari saya Y.A.N.Z

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

SURAT RAYUAN BUANG SENARAI HITAM

Adoiii...x settle lagiiiii....Hari ini pegi kwsp nak submit borang yang hampir setahun aku isi (Untuk pengeluaran pembayaran balik ptptn)...Tetapi tinggal 1 saja lagi tak lengkap iaitu 'Pengesahan Baki Pinjaman'. Actually aku dah mohon secara online hari tu,  tapi dah expired. Alamatnya aku kena mohon secara online sekali lagi lah. Dah tu bila dh mohon, surat diorang akan hantar ke alamat asal, tak pasal2 kena p amik kat alamat kampung plak (tapi xpa la boleh balik kg).

Balik ke Opis terus aku call ptptn. Pegawai tu jawab aku kena mohon sekali lagi secara online 'Pengesahan Baki Pinjaman' itu, cadangan pendahuluan bayaran berapa?, bulanan boleh bayar berapa?.Kemudian sekiranya mahu ke luar negara, dalam surat tu kena bagitahu siap2 tarikh bila akan ke luar negara.Itu sahaja..
 
Harap2 bila dah boleh bayar balik sikit ptptn ni, dapat lah nama aku di gugurkan dari senarai hitam. So tahun depan boleh la pergi Indon ke, S'pore ke, Thailand ke..Tapi yang pastinya lepas je nama aku 'clear' dari senarai hitam tu, aku nk ikut jiran aku balik Thailand. Jeles aku taw, dh banyak kali diorang pegi tempat2 menarik n siap berposing plak tu..kemudian boleh balik dok tayang gambar2 menarik kat aku..Jeles

Ok, berbalik pada PTPTN itu tadi,selain aku mohon online kali ke-2 Pengesahan baki Pinjaman ni, aku sempat juga lah buat 'Surat Permohonan Rayuan untuk buang senarai hitam'. So inilah hasilnya:


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

HARI DEEPAVALI

Sedikit Info Mengenainya..

Hari Deepavali juga di kenali sebagai Diwali dan Divali. Merupakan perayaan yang di sambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti Cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti Barisan. Perayaan Deepavali ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam Kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga di kenali sebagai Pesta Cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krisnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan, kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deeapavali




Nak tahu lebih lanjut, sila baca di Wikipedia Ensiklopedia bebas yer...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Interview vs Exam





OMG..
tadi aku dapat panggilan telefon daripada My Sis. Katanya aku dapat intrvw plak..Ooo rupanya untuk mengambil PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEG.TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
Tarikh : 29.09.12 (Sabtu) ini..
Tempat : Institut Pengurusan Dan Integriti Kedah (Inspin).
Aku pun tak pasti lagi tang mana kawasan ini. Maklumlah area Aloq Setaq ni aku tak familiar sangat..

Untuk makluman, untuk jawatan ini, masuk ni dah 2x aku p intervw. Mula2 dulu aku aku p intervw
masa tu aku baru habis study n diploma pun tak dapat lagi. Masa kena interview dulu memang syok lar, tanya semua soalan pasal komputer semua aku boleh jawab maklum lah fresh graduat..tp kalu tanya time nie..Waallahualam tak taw lah ku boleh jawab ke tak..he3..Aku berserah saja lah..

Aku dapat info dari My sis katanya:

Ada 2 seksyen

Sekseyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah n Penaksiran Personaliti

Apa aku nak jawab nie?
Boleh tak sape2 yang penah p intervw ni share ngan aku..Sharing is caring!

Apa2 pun nanti.........


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Muara Hati

Lagu terbaru masakini..layanz jer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Minyak Motor Habis

Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang menyelamatkan aku tadi. 
Ceritanya begini....

Dalam perjalanan balik dari Taman Ria (kerana berbuka puasa di rumah Ila). Aku menunggang skuter kepunyaan adikku. Dengan lajunya aku bawa sambil menyanyi riang ria. Tanpa di sedari aku dapat rasakan sesuatu, tetapi aku membiarkan ke tepi rasa itu kerana bagi ku mahu cepat sampai di rumah. Sesampai sahaja di trafik light, tetiba skuter yang aku tunggangi itu mati di tepi jalan.

Ya Allah..Ha sudah...dugaan apa yang Allah bagi padaku ini.
Astagfirullahhalazim..Aku agak mesti minyak habis ni. Macam mana boleh habis?
Ya, Baru aku teringat dah seminggu aku tak isi sejak datang dari kampung minggu lepas.
Ya Allah bila sedar jer minyak habis,muka ku mula menebal malu tak terhingga..macam udang galah kena bakar. Nasib baik waktu malam jadi, kemerahan ini tak berapa menonjol sangat.
Aku pun apa lagi,di dalam samar-samar kegelapan malam di bawah sinar lampu jalan, aku buat-buat start semula starter skuter tu. Walaupun ku tahu memang tak akan hidup. Dalam waktu yang sama dalam kepala otak ku ini hanya sorang je nama yang ku fikir boleh membantuku ini. Tapi bila di fikirkan  kesian pula, takut dia dok jauh atau ada kerja ka..abaikan lah..

Aduh..malunya. Aku dapat rasakan ada mata-mata yang memandang ke arahku .Dalam hati: nape lah diorang pandang sahaja n tak mau tlg aku ka?
Dalam hati ku berkata lagi: ok sabar n cold Yanz..Di bulan puasa ini pasti ada orang yang datang membantu.
Tuhan itu Maha Adil. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang membantu aku.
Sebaik sahaja lampu hijau, ada hamba Allah ni tegur aku dari belakang."Nape?minyak habis ker"? Jawabku dengan slamber "Aa, rasanya kot, tolong sat". Dengan muka menebal aku jawab macam tu dekat mamat ni.. " Ok,meh saya tolong awak tolak". Aku menjawab "Eh tak pe ker, motor nie berat, boleh ker"?. Hamba Allah tu menjawab "boleh-boleh".
Jadi, hamba Allah tu tolong tolak menggunakan kakinya sehingga sampai di stesyen minyak Caltex. Aku hanya sempat mengucapkan " Terima kasih na" kat dia. Selepas isi minyak, aku tengok dan mencari lah jugak Hamba Allah itu, tapi dia sudah menghilang.

Aku berdoa Semoga hamba Allah itu mendapat perlindungan daripada Allah. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS