RSS
Post Icon

KEBAIKAN MANDI AIS

TAHUKAH ANDA KEBAIKAN MANDI AIS?

Assalamualaikum dan salam 1malaysia. Syukur kepada Allah kerana saya dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan korang semua. Semoga dengan ilmu yang di kongsikan ini dapat kita amalkan dan manfaatkan dalam kehidupan seharian kita, In Sya Allah...

Ok, pernah tak korang dengar mengenai Mandi Ais? Sebelum ini kita hanya dengar mandi susu, mandi bunga, mandi aroma terapi dan lain-lain mandi lagi lah..
Satu kajian mendedahkan cara berkesan UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN, TEKANAN ATAU KELESUAN adalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Baru saya teringat rupa-rupanya semasa saya di zaman sekolah dulu, Abah saya akan mandikan saya dengan air sejuk (air di dalam peti ais), kerana pada ketika itu saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Jadi dengan cara mandi ais teramatlah berkesan.

Selain itu juga, mandi ais ini DAPAT MEREDAKAN KETEGANGAN. Ia DAPAT MENYEMPITKAN DARAH DAN MENINGKATKAN GULA DALAM DARAH. Bagi mereka yang mengalami IMSONIA @ MASALAH TIDUR elok rendamkan kaki dalam air sejuk. Keadah ini juga baik bagi mereka yang mengalami LELAH, SEMBELIT, SELESEMA DAN  PENDARAHAN HIDUNG. Teringat juga saya pada kawan saya di zaman kolej dulu. Dia selalu berlaku pendarahan di hidung. Kami sebagai kawan, mula-mula agak panic juga tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan, dan jalan terbaik untuk menghentikan pendarahan itu kami mencari ais kiub untuk diletakkan di hidungnya.

Ais @ air sejuk DAPAT MENGEMBALIKAN MEMORI ATAU SIFAT PELUPA YANG KETERLALUAN. Membiasakan diri menguyah ais akan MENINGKATKAN KECERDASAN FIKIRAN DAN KEPANTASAN PERGERAKAN. Ais  amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak di sangka-sangkakan, seperti MENGURANGKAN RASA KESAKITAN SEBANYAK 20%  DAN MEMULIHKAN OTOT YANG CEDERA.

Bagi sesiapa yang nak kuruskan badan, mandi ais adalah cara terbaik UNTUK MEMBAKAR LEMAK. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang dari lemak. Adakah anda pernah lalui dimana anda melakukan senaman tetapi masih tidak mendapat hasil yang dimahukan. Ini kerana mungkin ketika anda melakukan senaman, hanya kalori lain yang terbakar dan bukannya lemak. So... mandilah ais sekerap mungkin yer... Selain itu, mandi ais juga DAPAT MEMBANTU UNTUK MENYIHATKAN LAGI KULIT serta MEMBANTU RAMBUT ANDA KELIHATAN LEBIH BERSINAR.
Untuk lelaki pula, mandi ais juga dikatakan mampu MENINGKATKAN KADAR HORMON TESTOSTERON mereka. Hormon testosteron ini mampu memberi kekuatan atau tenaga yang luar biasa terhadap seseorang.

Setelah rujukan di buat,  info-info mengenai mandi ais ini di baca, barulah saya faham bahawa Ais ini bagus untuk kesihatan. Sebelum ini yang saya tahu orang kata ais tidak elok, kalau selalu minum perut akan buncit, sakit urat lah, dll... ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. Kalau nak ikutkan memang banyak lah, tapi tak larat nak baca kot ..

So, qhulasohnya .. Mandi ais ini baik untuk kesihatan. Sekiranya kita selalu mengamalkan mandi ais ini ianya dapat mengurangkan sedikit masalah kesihatan yang kita alami. Setiap penyakit ada penawarnya, Cuma kita tak  jumpa yang sesuai sahaja.

Ok lah hingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Salam comey dari saya Y.A.N.Z

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment