Majlis Berbuka Puasa 2011
salam 1 malaysia,
Beberapa hari yang lepas Madaniah berbuka puasa di Sekolah Tahfiz, di Kuala Ketil. kami dengan 2 biji kereta (waja - i punya & Alphard- Datuk punya) seramai 8 orang (4 perempuan & selebihnya lelaki) telah bertolak dari Sungai Petani - Kuala Ketil untuk berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dan adik2 hafiz n hafizoh..sebelum ke sana mmg kami ada telefon dulu, supaya tidak kelam kabut.n kami juga ada bawa mknn sendiri untuk berbuka bersama2 mereka.
sesampainya di sana, wanita n lelaki di asingkan terus. Jadi group wanita ikut sebelah kiri bangunan n group lelaki ikut kanan..kami sempat mnolong apa yang patut untuk menghidang juadah berbuka..Bang berbunyi maka berbuka lah kami..yang best nya makan dalam talam. 1 talam 6 org. xpe ini pengalaman aku. walaupun x kenyang tapi aku bersyukur padaMu Ya Allah.Selesai mkn kami solat magrib berjemaah. Habis jer solat, duduk kejap n borak2 dengan Istri Pengasas kat situ yang di panggil IBU..kemudian balik
p/s: kami x di benarkan mengambil gambar (muslimah)dan kami terpaksa akur
tetapi group lelaki dapat juga snap..he3..syabas!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam kami dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Datuk (bos kami lah nie). Semua staff Madaniah terlibat. tak lupa juga kepada x-staff kitaorang jemput. Tapi yg bleh mai hnya ZIRA sorang jer..Zira memang terbaik lah..
Nuzul Al-Quran
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Wahai Lelaki
WAHAI LELAKI
JIKA BENAR KAU KASIH DAN CINTAKAN WANITA ITU
JAGALAH DIA DENGAN BAIK
KASIHANILAH DIA,LINDUNGILAH DIA
BERILAH KASIH SAYANG PADANYA
HARGAILAH DIA
UCAPKANLAH TERIMA KASIH ATAS KELEBIHANNYA
NASIHATILAH DIA
BAWALAH DIA KE JALAN ALLAH
PERBETULKAN KESILAPANNYA
BERSABAR DENGANNYA
TERIMALAH DAN CINTAILAH KEKURANGANNYA
JADI IMAN TERBAIK DAN REDHALAH PADANYA
~SEMOGA DIA MENUNGGUMU DISYURGA SEBAGAI BIDADARIMU.
Salam Ramadhan
Rasanya belum terlewat lagi aku mengucap kan kepada semua SELAMAT BERPUASA..hari ni adalah hari ke-7 umat islam berpuasa kan?Ermm 1st day, 2nd day, 3rd day n 4th day aku berbuka di umah jiran sebelah..MasyaAllah awat nie??..umah sndri xdk ka yang p bukak posa umah org...bukan cmtu..umah sebelah xdk orang,tinggal 3 beranak ja..so aku join lah bagi cukup korum...x salah kan?lagipun best what..berbuka ramai2 xlah boring...
Hari ke-5 aku balik kampung..berbuka with my family..best dpt mkn ramai2 ni..riuh rendah dengan anak2 sedara aku ja..Hari ke-6 plak, ada jemputan dari bos aku..so kami sebagai staff kena terima jemputan itu, iaitu berbuka di surau Tmn Sejati..Alhamdulillah dpt berjemaah beramai2 n berbuka beramai2..
Bab tarawih plak..alamak dah 3 kali aku x pegi tarawih nie..so rasanya nk kena pegi gak walaupun sorang malam nie..harap2 mata ni x ngantok awal mlm ni..
Ermmm..hari ni nak berbuka di mana plak erk?umah sebelah @ kt luar @ beli bungkus je mkn kt umah? Apa pun kena tunggu pukul 6 petang nie baru boleh wat keputusan...
ok lah selamat berbuka puasa yer...
sayonara..
Cemburumu Cemburuku jua!!
SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau di kalangan kawan-kawan. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.
Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.
Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.
Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.
Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.
Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.
Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.
Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu
1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.
2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.
3. Menangis semahunya (lelaki kalau nak menangis pun ok)
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.
4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.
5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.
6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.
7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.
8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.











