RSS
Post Icon

Wahai Lelaki

WAHAI LELAKI
JIKA BENAR KAU KASIH DAN CINTAKAN WANITA ITU

Generated by Social ExpressionsJAGALAH DIA DENGAN BAIK
Generated by Social Expressions KASIHANILAH DIA,LINDUNGILAH DIA

Generated by Social Expressions BERILAH KASIH SAYANG PADANYA

Generated by Social Expressions HARGAILAH DIA

Generated by Social Expressions UCAPKANLAH TERIMA KASIH ATAS KELEBIHANNYA

Generated by Social Expressions NASIHATILAH DIA

Generated by Social Expressions BAWALAH DIA KE JALAN ALLAH

Generated by Social Expressions PERBETULKAN KESILAPANNYA

Generated by Social Expressions BERSABAR DENGANNYA

Generated by Social Expressions TERIMALAH DAN CINTAILAH KEKURANGANNYA

Generated by Social Expressions JADI IMAN TERBAIK DAN REDHALAH PADANYA


~SEMOGA DIA MENUNGGUMU DISYURGA SEBAGAI BIDADARIMU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Salam Ramadhan







Rasanya belum terlewat lagi aku mengucap kan kepada semua SELAMAT BERPUASA..hari ni adalah hari ke-7 umat islam berpuasa kan?Ermm 1st day, 2nd day, 3rd day n 4th day aku berbuka di umah jiran sebelah..MasyaAllah awat nie??..umah sndri xdk ka yang p bukak posa umah org...bukan cmtu..umah sebelah xdk orang,tinggal 3 beranak ja..so aku join lah bagi cukup korum...x salah kan?lagipun best what..berbuka ramai2 xlah boring...

Hari ke-5 aku balik kampung..berbuka with my family..best dpt mkn ramai2 ni..riuh rendah dengan anak2 sedara aku ja..Hari ke-6 plak, ada jemputan dari bos aku..so kami sebagai staff kena terima jemputan itu, iaitu berbuka di surau Tmn Sejati..Alhamdulillah dpt berjemaah beramai2 n berbuka beramai2..
Bab tarawih plak..alamak dah 3 kali aku x pegi tarawih nie..so rasanya nk kena pegi gak walaupun sorang malam nie..harap2 mata ni x ngantok awal mlm ni..

Ermmm..hari ni nak berbuka di mana plak erk?umah sebelah @ kt luar @ beli bungkus je mkn kt umah? Apa pun kena tunggu pukul 6 petang nie baru boleh wat keputusan...

ok lah selamat berbuka puasa yer...
sayonara..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Cemburumu Cemburuku jua!!

SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau di kalangan kawan-kawan. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.

Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.

Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.
Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.
Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.

Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu

1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya (lelaki kalau nak menangis pun ok)
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Lirik Lagu

wahhh cayalah CikYanz bleh wat lirik lagu sendiri....mcm x caya pun ada..
ini semua berkat nk masuk Pertandingan Carian Lirik Terbaik, oleh RR (Razzi Rahman)..
korang kenal x RR tue sape? nk gtaw cket lah erk..actualy RR tue ialah artis...menyanyi pun bleh, menggubah lagu pun boleh, mengarang novel cinta2 pun boleh...so aku just suka2 ja masuk pertandingan tue..
kalu ada rezeki adalah...bnyak saingan dia ooooo..

ok nie dia hasil kerja ku..tajuk yg ku beri adalah HADIRMU...layanzzz..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

  • Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

  • Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

  • Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

  • Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

  • Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

  • Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

  • Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

  • Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

  • Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

  • Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

  • Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

  • Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

  • Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

C!nt@

Kalau ditanyakan apakah sudah pernah merasakan cinta atau belum?
Setiap orang pasti pernah merasakan cinta
Apalagi cinta kepada orang yang sangat kita sayangi

C.I.N.T.A.

Boleh datang dan Pergi Begitu sahaja
Boleh dengan bersebab atau
TANPA bersebab sekalipun
Sungguh aneh cinta itu

Jika ditanya...
pernahkah saya merasakan cinta itu?
Jujur sahaja jawapannya
"YA"

Tetapi ingat
Tidak semua cinta harus diungkapkan dengan kata-kata
Terkadang cinta harus berkorban

C.I.N.T.A.
Pun tidak selamanya harus saling memilik
Memang INDAH jika boleh memilik
Namun
Siapa KITA untuk menentukannya

Cinta itu buta
Kadang boleh membuat kita semakin cinta
namun
Terkadang jika ia telah hilang akan membuat hati menjadi benci

C.I.N.T.A
Bukan bererti rayuan
Bukan pula kata-kata romantis
tetapi
adalah anugerahNYA
yang tidak pernah mengenal bentuk dan raga
tidak berwujud...tetapi dapat dirasakan
Getarannya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kawan & Cinta



Di suatu hari yg indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. tiba-tiba CINTA terjatuh di dlm telaga.
Knp? kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga.
Knp? Kerana KAWAN akan buat apa shj demi CINTA!

Di dlm telaga CINTA hilang.
Knp? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang, kalau x di jaga, sukar dicari apatah lg dlm telaga yg gelap. sedangkan KAWAN masih tercari-cari di mana CINTA dan menunggu.

Knp? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sbg KAWAN yg setia. jd hargailah KAWAN kita selagi terasa dia BERERTI...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS