Wanita disebalik si Penggigit Bibir
Pernahkah anda melihat wanita menggigit bibirnya?Tentu pernah
bukan.Mungkin juga ada diantara teman-teman atau pun kekasih anda
sendiri yang suka menggigit bibir. Kelakuan menggigit bibir ini sudah menjadi satu tabiat buat kebanyakan
wanita.Tak di nafikan ia kadang-kadang mendatangkan kesan sensual kepada
lelaki yang memandang.. Namun,tahukah anda bahawa di sebalik tabiat wanita yang suka menggigit bibir itu ada rahsia tersendiri yang dapat diungkapkan..Nak tahu tak?Tungguuuuu...
●Gigit bibir bawah.
Wanita ini adalah seorang yang berani serta bijak menggoda.Tiada sedikit
pun perasaan ragu dalam dirinya dan dia juga tidak segan untuk
memulakan langkah pertama memikat seseorang lelaki yang disukainya.
●Gigit bibir atas dan bawah.
Wanita yang amat bijak memujuk dan pandai meraih simpati
lelaki.Menggigit bibir atas dan bawah bersilih ganti dengan raut
wajahnya yang polos serta renungan matanya yang kuyu membuatkan lelaki
yang memandang seolah-olah kasihan lantas memberi perhatian padanya.
●Gigit hujung bibir.
Sambil menggigit hujung bibir biasanya wanita ini menundukkan mukanya
memandang kebawah.Waktu dia sedang berfikir waktu paling kerap dia
melakukan tabiat ini.Pada waktu itu dengan pelbagai ekspresi wajahnya
pasti membuat lelaki tersenyum dengan gelagatnya.
Seorang yang selalunya tidak malu untuk berterus terang menyatakan
perasaannya.Tetapi jika dia dalam keadaan marah,pastinya bermacam-macam
kata-kata kasar,maki hamun dan cacian yang keluar dari mulutnya tanpa
mempedulikan perasaan orang lain.
●Gigit sambil mengatup bibir.
Wanita yang pemalu,cepat gugup dan amat sukar didekati atau diajak
berbual.Seorang yang sukar sekali untuk setia terutamanya jika dia tahu
yang dia mempunyai kelebihan berbanding pasangannya.Tetapi dia seorang
yang suka dan rajin menolong orang lain tanpa meminta sebarang balasan.
●Gigit dan mengulum bibir.
Di kategorikan sebagai wanita yang 'hangat' dan berani.Dia ibarat
jinak-jinak merpati.Amat mudah untuk didekati tetapi sukar sekali
ditakluki.Namun,dengan gayanya yang seksi dan menggoda,amat mudah pula
bagi dirinya menakluki seseorang lelaki.
●Gigit dan membasahi bibir.
Wanita yang pandai mengundang keghairahan lelaki yang memandang tetapi
amat licik.Seorang yang tiada keyakinan diri,kuat cemburu dan biasanya
panas baran.Ada sesetengahnya juga yang bersifat pengikis atau 'pisau
cukur'.Sikap manja wanita ini yang kadang-kadang berlebihan atau sengaja
dibuat-buat boleh membuatkan orang lain rimas dan bosan.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BATU KARANG
Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain.
Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing.Selain daripada itu tanda-tanda yang ketara ialah hilang selera makan, rasa letih, demam, muntah-muntah dan juga sembelit atau cirit birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
- Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
- Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
- Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. (Cth makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
- Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
- Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
- Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
- Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
- Kurangkan minum kopi, teh
Kenapa sy post entry yang sebegini?
Kerana saya mengalami simptom-simptom seperti di atas.
Semalam dah pergi klinik, Doc suspect ada batu karang, dalam air kencing ada darah n nanah, tp x boleh nampak dgn mata kasar. Doc nak scan tp ku x benarkan, dlm seminggu ni kalu x berkesan jugak dgn ubat yg di beri aku akan p scan tgk...
MasyaAllah sakit yaamat hanya Tuhan saja yang taw..
Harap-harap selepas seminggu mengambil ubat, penyakit batu karang ini akan hilang terus dari hidupku...
In sya Allah sy akan cuba dan cuba untuk menghabiskan ubat yang diberi oleh Doc walaupun pahit mahit yaamat, produk dari perubatan islam juga sy dh ambil..semuanya sy akan habiskan dlm masa seminggu..
Asas Perkahwinan...
Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan
akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika zuriat tidak hadir.
Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang
dicintai pasti mati atau pergi.
Jadi apa asas kepada perkahwinan?
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah
itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai
hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan
apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan menderhakai Allah.
** Sesungguhnya Tuhan menguji hambamu ini, samada sabar @ x dengan ujian ini. Aku redha Ya Allah..
Orientasi USM 2013/2014
Salam, u all...Ermmm dh basi baru nak update kan....Tapi xpe i like!
Alhamdulillah, pada 13-16 Ogos 2013 yang lepas saya telah mendaftarkan diri ke USM (Universiti Sains Malaysia) sebagai mahasiswa baru PJJ sesi 2013/2014. Jadi budak 'U' lah pulak lepas nie...
Minggu Orientasi PJJ USM... Meriah giler...macam pesta, Masya Allah..Dengar cite hampir 2000 lebih berpusu pusu untuk pendaftaran. Yang paling banyak adalah Jurusan Pengurusan hampir 1000 lebih, yang selebihnya Jurusan Sains, Sastera dan Sains Kemasyarakatan..Time nak daftar kena ikut step, pastu ikut abjad di pangkal nama, So paling banyak sekali kena Q adalah huruf 'N'..
Step 1 : Semak sijil-sijil akademik
Step 2 : Daftar kehadiran n bayaran
Step 3 : Ambil gambar untuk kad Matrik
Nampak je senang ketiga-tiga step tu ibarat mkn kacang goreng...padahal Tuhan saja yang tahu betapa azabnya menunggu Q yang beribu-ribu datang entah dari mana.. Lenguh kaki macam nak tercabut, macam nak fengsan ooo..
Nak tahu saya ambil kos apa?Ermmm PENGURUSAN (Pemasaran)..
Seriusly, memang xdak mood lar tgk ramai-ramai macam ni, macam ulat hurung taik...Bayangkan sy jadi seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap..sopan kan?Yang bestnya 2 hari kat sana sekeping gambaq pun x amik, punyalah xdak mood.
Semasa Majlis Upacara Ikrar. Semua pelajar di minta menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu USM.
Aduyai..ni lagi tension..beratur lagi nak amik buku...Mak aiii, skali tgk buku da tebal-tebal belaka...sempat ka aku nk baca ni...
Alhamdulillah, pada 13-16 Ogos 2013 yang lepas saya telah mendaftarkan diri ke USM (Universiti Sains Malaysia) sebagai mahasiswa baru PJJ sesi 2013/2014. Jadi budak 'U' lah pulak lepas nie...
Minggu Orientasi PJJ USM... Meriah giler...macam pesta, Masya Allah..Dengar cite hampir 2000 lebih berpusu pusu untuk pendaftaran. Yang paling banyak adalah Jurusan Pengurusan hampir 1000 lebih, yang selebihnya Jurusan Sains, Sastera dan Sains Kemasyarakatan..Time nak daftar kena ikut step, pastu ikut abjad di pangkal nama, So paling banyak sekali kena Q adalah huruf 'N'..
Step 1 : Semak sijil-sijil akademik
Step 2 : Daftar kehadiran n bayaran
Step 3 : Ambil gambar untuk kad Matrik
Nampak je senang ketiga-tiga step tu ibarat mkn kacang goreng...padahal Tuhan saja yang tahu betapa azabnya menunggu Q yang beribu-ribu datang entah dari mana.. Lenguh kaki macam nak tercabut, macam nak fengsan ooo..
Nak tahu saya ambil kos apa?Ermmm PENGURUSAN (Pemasaran)..
Seriusly, memang xdak mood lar tgk ramai-ramai macam ni, macam ulat hurung taik...Bayangkan sy jadi seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap..sopan kan?Yang bestnya 2 hari kat sana sekeping gambaq pun x amik, punyalah xdak mood.
Bersama 'Roomate' sy Maziah dari Kulim n Laili dari KL (depan bilik sy). Nice 2 meet u guys..Ada peluang nanti kita jumpa lagi yer masa kursus intensif, itu pun kalau terjumpa..
Semasa Majlis Upacara Ikrar. Semua pelajar di minta menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu USM.
Ramaikan?ni baru suku...semoga yang ada dalam dewan ni, nnt kita grad sama2 yer...In sya Allah
Q lagi, time ni nak amik makan free..beratur je lah..makan free sapa xmau kan...
OBSES TERHADAP CERITA FILIPINA
Salam 2 all...
Entah kenapa tiba-tiba sekarang aku jadi obses dengan drama Filipino ni.. Semua gara-gara wujudnya astro Bella saluran 133. Sanggup aku berebut 'remote control' dengan 'roomate' aku gara-gara nak tonton drama bersiri ini.. Bukan itu saja, kalau time 'My Friend' tipon time aku dok layan citer ini, ermmm alamtnya dia cakap sorang-sorang lah sbb aku ralit menengoknyer..(Sorry k i x sengaja)..he3
Korang masih ingat x lagi drama Filipina yang femes masa dulu-dulu tuu..Pangako Sayo (The Promise). Aku ingat lagi masa tue aku masih belajar kat kolej. Kalau nak tau satu rumah sewa aku semua layan citer ni, waktu tu sedey yaamat tau x sbb terpaksa tengok dengan TV yang kecik sgtt (tv yg hat dlm kereta tue), dah la penontonnya ramai...ermmm nk tgk punya pasal mau x mau berjegil juga depan TV kecik tu..yang best nya bukan geng aku aje yang layan citer ni rupa-rupanya geng-geng lelaki kat Kolej aku dulu pun layan jugak..Punya lah berbisa citer ni, jangan kata budak jiwang jer yang layan, geng otai berbisa pun layan jugak. Ceh itu semua poyo..nmpak luar ganas tapi rupanya dalam hati ada taman.Wekksss...
Tapi aku salute lah dgn bebudak lelaki kt kolej aku dulu tu sbb korang pun bleh layan citer ni..
Pernah bersiaran di TV2 (mungkin dalam tahun 2002 kot-x brapa ingat dh)
Aku minat giler ngan hero n heroin dalam citer ni. Bila di tayangkan semula dalam astro Bella mmg aku x lepaskan peluang lah. Tapi lani dah habis k..Ganti citer lain plak..
Lepas pada citer Pangako Sayo, citer lain pulak Sana'y Wala Nang Wakas (Timeless). Hero n heroin yang sama berlakon..Mmg best
Pernah bersiaran di Astro n TV3 tp x sempat tgk... Tp tgk balik ulangan kt Astro Bella..Ermm yg ni pun dh habis..Ganti citer lain plak..
Sekarang ni yang tengah aku layan ialah citer "IN LOVE AGAIN" ataupun dalam bahasa Tagalog 'Muli'. Sebenarnya ini citer lama, gabungan pelakon Malaysia n Filipina., xtau penah di tayang ke x kt TV citer nie...Mmg best lah citer ni..Rasa mcm kena mengena ngan aku pun ada..sabor je lah..
Cerita ini mengisahkan Cheryl (gadis cina) bercinta dengan Zul (pemuda melayu) yang kaya raya. Hubungan mereka tidak kemana kerana masing2 dipaksa kahwin oleh pilihan keluarga masing2. Cheryl di paksa kahwin dengan Soo Huat, lelaki kaya yang mencintainya dan banyak membantu keluarganya, manakala Zul dipaksa kahwin dengan Amira kerana keluarga Amira banyak membantu bisnes keluarga Zul, dan sekiranyanya mereka tidak berkahwin, bisnes keluarga Zul akan bankrap.
Cheryl melari kan diri ke Pangkor tetapi di temani oleh seorang pekerja Zul iaitu Lukas (Dari Filipina). Atas arahan Zul, Lukas diarahkan menjaga Cheryl sebaik mungkin semasa ketiadaannya. Semasa di Pangkor, Cheryl banyak menghabiskan masa bersama Lukas...Setelah masing2 berkahwin dan Lukas pulang semula ke negara asalnya, 7 tahun pun berlalu.....
Nak tahu selanjutnya, sila tonton sendiri di Astro Bella yer.....

Masih di tayangkan di Astro Bella. Ulangan 10.00 mlm (everyday)
Satu lagi drama yang aku tonton ialah 'Grazilda'. Mengisahkan, dulu kita selalu dengar tentang cerita Cinderella yang selalu di buli oleh ibu dan kakak tirinya. Tapi 'Grazilda' ialah kakak tiri Cinderella yang jahat. Dia di hukum oleh Pari-pari atas kejahatannya dan dihantar ke alam nyata (alam manusia)..
Di alam nyata, dia pula di buli oleh satu keluarga yang tidak sukakannya.. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda yang telah menyelamatkannya iaitu Eric, dan mahu mengahwini Eric dengan harapan dia dapat pulang semula ke Negaranya iaitu Negara Fantasia....Tetapi Eric tidak menyintainya dan hanya menganggap sebagai kawan sahaja...
SENYUMLAH WAHAI HATI YANG BERSEDIH
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
NAMUN...
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
NAMUN...
Jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya
PERCAYALAH...
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Seribu 1 macam
Salam 2 all. Rasanya lama sangat dah saya tak post entry kt ni..Mungkin di sebabkan kekangan kerja yang bertimbun, masalah keluarga, masalah sendiri, masalah rumahtangga, masalah kawan2 & macam2 masalah lagi lah..(chewahh macam profesor muhaiya lah plak dok tlg settle masalah orang lain..ermmm)
Sejak 2 menjak ni, dalam tempoh enam (6) bulan macam-macam masalah yang menimpa pada diri ku.. Satu persatu. Tapi xpe aku kuatkan semangat n tabahkan hati untuk menempuh ujian yang Allah Taala berikan padaku...
<> Ibu aku kerap dimasukkan ke hospital. Hospital Sik - Hospital Sungai Petani 3x
<> Pergaduhan kecil antara adik dan kakak.Kerana di sebabkan oleh kereta yang tidak di bayar berbulan-bulan. Sy akui kerana percakapan laser sy ini terjadi perang mulut ini. Tetapi sbg adik dia harus faham dan ini adalah kesalahan yang dia cipta sendri, jangan salah kn orang lain atas kesalahan diri sndri..ermmm..
Tetapi sy sebagai kakak, bg sy benda ini tersangat lah kecil, kenapa nk sampai gaduh2. Sy anggap dia tidak matang dan sbg kanak2 ribena yang tidak boleh di tegur, bila di tegur nangis n merajuk..pantang aku kalu orang kuat merajuk ni..wekkksss...wht ever is awk tetap adik sy dunia akhirat..
<> Kehadiran semula insan yang tidak di duga.Muncul semula dalam hidupku setelah hampir sepuluh (10) tahun tidak bersua malah bercakap. Kehadirannya kali ini dengan hajat dan amat bermakna. Tapi bg ku sudah terlambat....Andai ada jodoh x kemana..-Sabar-Usaha-Tawakkal-
<> Ibu ku sekali lagi di masukkan ke Hospital Sungai Petani kerana melakukan pembedahan membuang fibroid di rahim. Rupa-rupanya bukan rahim je kena buang tetapi ovari juga di buangnya..Kesian dekat mak aku. Mak aku kena makan setiap hari ubat kalsium & ubat subur sepanjang lima (5) tahun berturut-turut.
<> Pergolakan rumahtangga, biasalah menjadi lumrah kehidupan..yang pastinya hanya aku & Dia yang mengetahui isi hatiku...no longer
<> Insan yang menjadi tempat rujukan aku, tempat aku luahkan segala masalah, tempat aku mengalirkan air mata...telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Aku x pasti samada aku gembira @ tidak. Tapi yang pastinya dia telah selamat diijabkabulkan. Semoga bahagia itu milik awak. dan aku?ermmm belom pasti lagi...
<> Sekali lagi aku di uji...besar jugak dugaan ini..Tapi yang ini tidak boleh di ceritakan. Biarlah rahsia..
KEBAIKAN MANDI AIS
TAHUKAH ANDA KEBAIKAN MANDI AIS?
Assalamualaikum dan salam 1malaysia. Syukur kepada Allah kerana saya dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan korang semua. Semoga dengan ilmu yang di kongsikan ini dapat kita amalkan dan manfaatkan dalam kehidupan seharian kita, In Sya Allah...
Ok, pernah tak korang dengar mengenai Mandi Ais? Sebelum ini kita hanya dengar mandi susu, mandi bunga, mandi aroma terapi dan lain-lain mandi lagi lah..
Satu kajian mendedahkan cara berkesan UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN, TEKANAN ATAU KELESUAN adalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Baru saya teringat rupa-rupanya semasa saya di zaman sekolah dulu, Abah saya akan mandikan saya dengan air sejuk (air di dalam peti ais), kerana pada ketika itu saya mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Jadi dengan cara mandi ais teramatlah berkesan.
Selain itu juga, mandi ais ini DAPAT MEREDAKAN KETEGANGAN. Ia DAPAT MENYEMPITKAN DARAH DAN MENINGKATKAN GULA DALAM DARAH. Bagi mereka yang mengalami IMSONIA @ MASALAH TIDUR elok rendamkan kaki dalam air sejuk. Keadah ini juga baik bagi mereka yang mengalami LELAH, SEMBELIT, SELESEMA DAN PENDARAHAN HIDUNG. Teringat juga saya pada kawan saya di zaman kolej dulu. Dia selalu berlaku pendarahan di hidung. Kami sebagai kawan, mula-mula agak panic juga tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan, dan jalan terbaik untuk menghentikan pendarahan itu kami mencari ais kiub untuk diletakkan di hidungnya.
Ais @ air sejuk DAPAT MENGEMBALIKAN MEMORI ATAU SIFAT PELUPA YANG KETERLALUAN. Membiasakan diri menguyah ais akan MENINGKATKAN KECERDASAN FIKIRAN DAN KEPANTASAN PERGERAKAN. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak di sangka-sangkakan, seperti MENGURANGKAN RASA KESAKITAN SEBANYAK 20% DAN MEMULIHKAN OTOT YANG CEDERA.
Bagi sesiapa yang nak kuruskan badan, mandi ais adalah cara terbaik UNTUK MEMBAKAR LEMAK. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang dari lemak. Adakah anda pernah lalui dimana anda melakukan senaman tetapi masih tidak mendapat hasil yang dimahukan. Ini kerana mungkin ketika anda melakukan senaman, hanya kalori lain yang terbakar dan bukannya lemak. So... mandilah ais sekerap mungkin yer... Selain itu, mandi ais juga DAPAT MEMBANTU UNTUK MENYIHATKAN LAGI KULIT serta MEMBANTU RAMBUT ANDA KELIHATAN LEBIH BERSINAR.
Untuk lelaki pula, mandi ais juga dikatakan mampu MENINGKATKAN KADAR HORMON TESTOSTERON mereka. Hormon testosteron ini mampu memberi kekuatan atau tenaga yang luar biasa terhadap seseorang.
Setelah rujukan di buat, info-info mengenai mandi ais ini di baca, barulah saya faham bahawa Ais ini bagus untuk kesihatan. Sebelum ini yang saya tahu orang kata ais tidak elok, kalau selalu minum perut akan buncit, sakit urat lah, dll... ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. Kalau nak ikutkan memang banyak lah, tapi tak larat nak baca kot ..
So, qhulasohnya .. Mandi ais ini baik untuk kesihatan. Sekiranya kita selalu mengamalkan mandi ais ini ianya dapat mengurangkan sedikit masalah kesihatan yang kita alami. Setiap penyakit ada penawarnya, Cuma kita tak jumpa yang sesuai sahaja.
Ok lah hingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Salam comey dari saya Y.A.N.Z

Subscribe to:
Posts (Atom)