RSS
Post Icon

Janji Allah Itu Pasti

















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Wanita disebalik si Penggigit Bibir

Pernahkah anda melihat wanita menggigit bibirnya?Tentu pernah bukan.Mungkin juga ada diantara teman-teman atau pun kekasih anda sendiri yang suka menggigit bibir. Kelakuan menggigit bibir ini sudah menjadi satu tabiat buat kebanyakan wanita.Tak di nafikan ia kadang-kadang mendatangkan kesan sensual kepada lelaki yang memandang.. Namun,tahukah anda bahawa di sebalik tabiat wanita yang suka menggigit bibir itu ada rahsia tersendiri yang dapat diungkapkan..Nak tahu tak?Tungguuuuu...


●Gigit bibir bawah.
Wanita ini adalah seorang yang berani serta bijak menggoda.Tiada sedikit pun perasaan ragu dalam dirinya dan dia juga tidak segan untuk memulakan langkah pertama memikat seseorang lelaki yang disukainya.

●Gigit bibir atas dan bawah.
Wanita yang amat bijak memujuk dan pandai meraih simpati lelaki.Menggigit bibir atas dan bawah bersilih ganti dengan raut wajahnya yang polos serta renungan matanya yang kuyu membuatkan lelaki yang memandang seolah-olah kasihan lantas memberi perhatian padanya.

●Gigit hujung bibir.
Sambil menggigit hujung bibir biasanya wanita ini menundukkan mukanya memandang kebawah.Waktu dia sedang berfikir waktu paling kerap dia melakukan tabiat ini.Pada waktu itu dengan pelbagai ekspresi wajahnya pasti membuat lelaki tersenyum dengan gelagatnya.
Seorang yang selalunya tidak malu untuk berterus terang menyatakan perasaannya.Tetapi jika dia dalam keadaan marah,pastinya bermacam-macam kata-kata kasar,maki hamun dan cacian yang keluar dari mulutnya tanpa mempedulikan perasaan orang lain.


●Gigit sambil mengatup bibir.
Wanita yang pemalu,cepat gugup dan amat sukar didekati atau diajak berbual.Seorang yang sukar sekali untuk setia terutamanya jika dia tahu yang dia mempunyai kelebihan berbanding pasangannya.Tetapi dia seorang yang suka dan rajin menolong orang lain tanpa meminta sebarang balasan.

●Gigit dan mengulum bibir.
Di kategorikan sebagai wanita yang 'hangat' dan berani.Dia ibarat jinak-jinak merpati.Amat mudah untuk didekati tetapi sukar sekali ditakluki.Namun,dengan gayanya yang seksi dan menggoda,amat mudah pula bagi dirinya menakluki seseorang lelaki.

●Gigit dan membasahi bibir.
Wanita yang pandai mengundang keghairahan lelaki yang memandang tetapi amat licik.Seorang yang tiada keyakinan diri,kuat cemburu dan biasanya panas baran.Ada sesetengahnya juga yang bersifat pengikis atau 'pisau cukur'.Sikap manja wanita ini yang kadang-kadang berlebihan atau sengaja dibuat-buat boleh membuatkan orang lain rimas dan bosan.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BATU KARANG

Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain.

Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing.Selain daripada itu tanda-tanda yang ketara ialah hilang selera makan, rasa letih, demam, muntah-muntah dan juga sembelit atau cirit birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  •  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  •  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. (Cth makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh
========================================================================
Kenapa sy post entry yang sebegini?
Kerana saya mengalami simptom-simptom seperti di atas.
Semalam dah pergi klinik, Doc suspect ada batu karang, dalam air kencing ada darah n nanah, tp x boleh nampak dgn mata kasar. Doc nak scan tp ku x benarkan, dlm seminggu ni kalu x berkesan jugak dgn ubat yg di beri aku akan p scan tgk...

MasyaAllah sakit yaamat hanya Tuhan saja yang taw..
Harap-harap selepas seminggu mengambil ubat, penyakit batu karang ini akan hilang terus dari hidupku...
In sya Allah sy akan cuba dan cuba untuk menghabiskan ubat yang diberi oleh Doc walaupun pahit mahit yaamat, produk dari perubatan islam juga sy dh ambil..semuanya sy akan habiskan dlm masa seminggu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Asas Perkahwinan...

Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika zuriat tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Jadi apa asas kepada perkahwinan?

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
 
** Sesungguhnya Tuhan menguji hambamu ini, samada sabar @ x dengan ujian ini. Aku redha Ya Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Orientasi USM 2013/2014

Salam, u all...Ermmm dh basi baru nak update kan....Tapi xpe i like!

Alhamdulillah, pada 13-16 Ogos 2013 yang lepas saya telah mendaftarkan diri ke USM (Universiti Sains Malaysia) sebagai mahasiswa baru PJJ sesi 2013/2014. Jadi budak 'U' lah pulak lepas nie...

Minggu Orientasi PJJ USM... Meriah giler...macam pesta, Masya Allah..Dengar cite hampir 2000 lebih berpusu pusu  untuk pendaftaran. Yang paling banyak adalah Jurusan Pengurusan hampir 1000 lebih, yang selebihnya Jurusan Sains, Sastera dan Sains Kemasyarakatan..Time nak daftar kena ikut step, pastu ikut abjad di pangkal nama, So paling banyak sekali kena Q adalah huruf 'N'..

  Step 1 : Semak sijil-sijil akademik
  Step 2 : Daftar kehadiran n bayaran
  Step 3 : Ambil gambar untuk kad Matrik

Nampak je senang ketiga-tiga step tu ibarat mkn kacang goreng...padahal Tuhan saja yang tahu betapa azabnya menunggu Q yang beribu-ribu datang entah dari mana.. Lenguh kaki macam nak tercabut, macam nak fengsan ooo..
Nak tahu saya ambil kos apa?Ermmm PENGURUSAN (Pemasaran)..

Seriusly, memang xdak mood lar tgk ramai-ramai macam ni, macam ulat hurung taik...Bayangkan sy jadi seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap..sopan kan?Yang bestnya 2 hari kat sana sekeping gambaq pun x amik, punyalah xdak mood.

Bersama 'Roomate' sy Maziah dari Kulim n Laili dari KL (depan bilik sy). Nice 2 meet u guys..Ada peluang nanti kita jumpa lagi yer masa kursus intensif, itu pun kalau terjumpa..


 Semasa Majlis Upacara Ikrar. Semua pelajar di minta menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu USM.

Ramaikan?ni baru suku...semoga yang ada dalam dewan ni, nnt kita grad sama2 yer...In sya Allah

Q lagi, time ni nak amik makan free..beratur je lah..makan free sapa xmau kan...



Aduyai..ni lagi tension..beratur lagi nak amik buku...Mak aiii, skali tgk buku da tebal-tebal belaka...sempat ka aku nk baca ni...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

OBSES TERHADAP CERITA FILIPINA


Salam 2 all...
Entah kenapa tiba-tiba sekarang aku jadi obses dengan drama Filipino ni.. Semua gara-gara wujudnya astro Bella saluran 133. Sanggup aku berebut 'remote control' dengan 'roomate' aku gara-gara nak tonton drama bersiri ini.. Bukan itu saja, kalau time 'My Friend' tipon time aku dok layan citer ini, ermmm alamtnya dia cakap sorang-sorang lah sbb aku ralit menengoknyer..(Sorry k i x sengaja)..he3

Korang masih ingat x lagi drama Filipina yang femes masa dulu-dulu tuu..Pangako Sayo (The Promise). Aku ingat lagi masa tue aku masih belajar kat kolej. Kalau nak tau satu rumah sewa aku semua layan citer ni, waktu tu sedey yaamat tau x sbb terpaksa tengok dengan TV yang kecik sgtt (tv yg hat dlm kereta tue), dah la penontonnya ramai...ermmm nk tgk punya pasal mau x mau berjegil juga depan TV kecik tu..yang best nya bukan geng aku aje yang layan citer ni rupa-rupanya geng-geng lelaki kat Kolej aku dulu pun layan jugak..Punya lah berbisa citer ni, jangan kata budak jiwang jer yang layan, geng otai berbisa pun layan jugak. Ceh itu semua poyo..nmpak luar ganas tapi rupanya dalam hati ada taman.Wekksss...
Tapi aku salute lah dgn bebudak lelaki kt kolej aku dulu tu sbb korang pun bleh layan citer ni..

Pernah bersiaran di TV2 (mungkin dalam tahun 2002 kot-x brapa ingat dh)

Aku minat giler ngan hero n heroin dalam citer ni. Bila di tayangkan semula dalam astro Bella mmg aku x lepaskan peluang lah. Tapi lani dah habis k..Ganti citer lain plak..

Lepas  pada citer Pangako Sayo, citer lain pulak Sana'y Wala Nang Wakas (Timeless). Hero n heroin yang sama berlakon..Mmg best

Pernah bersiaran di Astro n TV3 tp x sempat tgk... Tp tgk balik ulangan kt Astro Bella..Ermm yg ni pun dh habis..Ganti citer lain plak..

Sekarang ni yang tengah aku layan ialah citer "IN LOVE AGAIN" ataupun dalam bahasa Tagalog 'Muli'. Sebenarnya ini citer lama, gabungan pelakon Malaysia n Filipina., xtau penah di tayang ke x kt TV citer nie...Mmg best lah citer ni..Rasa mcm kena mengena ngan aku pun ada..sabor je lah..

Cerita ini mengisahkan Cheryl (gadis cina) bercinta dengan Zul (pemuda melayu) yang kaya raya. Hubungan mereka tidak kemana kerana masing2 dipaksa kahwin oleh pilihan keluarga masing2. Cheryl di paksa kahwin dengan Soo Huat, lelaki kaya yang mencintainya dan banyak membantu keluarganya, manakala Zul dipaksa kahwin dengan Amira kerana keluarga Amira banyak membantu bisnes keluarga Zul, dan sekiranyanya mereka tidak berkahwin, bisnes keluarga Zul akan bankrap.
 Cheryl melari kan diri ke Pangkor tetapi di temani oleh seorang pekerja Zul iaitu Lukas (Dari Filipina). Atas arahan Zul, Lukas diarahkan menjaga Cheryl sebaik mungkin semasa ketiadaannya. Semasa di Pangkor, Cheryl banyak menghabiskan masa bersama Lukas...Setelah masing2 berkahwin dan Lukas pulang semula ke negara asalnya, 7 tahun pun berlalu.....
Nak tahu selanjutnya, sila tonton sendiri di Astro Bella yer.....

Masih di tayangkan di Astro Bella. Ulangan 10.00 mlm (everyday)


Satu lagi drama yang aku tonton ialah 'Grazilda'. Mengisahkan, dulu kita selalu dengar tentang cerita Cinderella yang selalu di buli oleh ibu dan kakak tirinya. Tapi 'Grazilda' ialah kakak tiri Cinderella yang jahat. Dia di hukum oleh Pari-pari atas kejahatannya dan dihantar ke alam nyata (alam manusia)..
Di alam nyata, dia pula di buli oleh satu keluarga yang tidak sukakannya.. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda yang telah menyelamatkannya iaitu Eric, dan mahu mengahwini Eric dengan harapan dia dapat pulang semula ke Negaranya iaitu Negara Fantasia....Tetapi Eric tidak menyintainya dan hanya menganggap sebagai kawan sahaja...
Cerita ni panjang berjela jugak, nak taw lanjut nanti tengok sendiri yer di Astro Bella...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Salam ramadhan

To all my frend, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berbuka yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS