RSS
Post Icon

Kawan & Cinta



Di suatu hari yg indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. tiba-tiba CINTA terjatuh di dlm telaga.
Knp? kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga.
Knp? Kerana KAWAN akan buat apa shj demi CINTA!

Di dlm telaga CINTA hilang.
Knp? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang, kalau x di jaga, sukar dicari apatah lg dlm telaga yg gelap. sedangkan KAWAN masih tercari-cari di mana CINTA dan menunggu.

Knp? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sbg KAWAN yg setia. jd hargailah KAWAN kita selagi terasa dia BERERTI...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

aku adalah aku..

Siapa aku?

Diriku merupakan anak kelahiran Kedah Darulaman. Anak jati Kedah. Ibu bapa aku pun anak jati Kedah juga ; jadi terhasillah aku yang kini telah hidup selama 29 tahun. Di lahirkan pada 01 Feb(tahun di rahsiakan), berbangsa melayu, beragama islam dan masih single.ha3..
Aku merupakan anak ke-2 daripada enam (6)adik beradik.kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Aku merupakan bekas pelajar Institut Hasani, dimana jurusan yang aku ambil ini adalah Diploma Kejuruteraan Komputer.
Aku sudah bekerja dan kini merupakan seorang Pengurus di Madaniah Group Of Companies. Baru naik pangkat jer.Mula berjinak-jinak dlm bolg ni baru sahaja. Itupun atas pertolongan kawan. Tak la pandai sangat pun..Terima kasih kepada kawanku (x perlu taw namanya)

Latar belakang pendidikan

Memulakan pendidikan awal di Sek.Keb.Kg Betong (1989 -1991), kemudian berpindah ke Sek.Keb.Bersatu, Sg Petani (1992-1993), kemudian berpindah semula ke sekolah lama iaitu Sek.Keb.Kg Betong(1993-1994). Mendapat pendidikan di Sekolah Men.Jeneri (1995-1996). Kemudian sambung belajar di Kolej Swasta dalam Jurusan Diploma Kejuruteraan Komputer(2001-2004)

Pengalaman Kerja

Aku start bekerja semasa berumur 16 tahun lagi. Masa tue baru Form 4.kerja kilang (Long Chuan, Gurun). Setahun jugak lah kerja di situ. Pagi aku ke sekolah, petang aku ke kilang.Bersama member –member kamcing giler ar masa tue (Yanz , Ila, Wati & Asmah), wei rindu ar kat korang…orang len mana boleh buat macam kami berempat buat, tapi kami staill punya..pelajar paling keteqaq kat sekolah masa dulu2 ar..lani aku baik dah..

Ok berbalik pada pengalaman kerja aku. Selepas habis je spm , aku kerja lagi kat kilang. Kilang tue namanya Iriichi (m) bhd. Setahun lebih jugak la aku kerja.Yang ni ada kemajuan sikit coz aku baru kerja sahaja, sudah naik pangkat. Alhamdulillah rezeki aku kot. Seronok punya seronok kerja masa tue, tetiba member aku ajak aku masuk kolej plak. Aku pun tanpa berfikir panjang terus ikut sambung belajar. Habis jugak aku belajar selama 3 tahun, and dapatlah aku Dip.Kejuruteraan Komputer. Mak Abah aku bangga jugak la. Habis blajar and Aku membuat praktikal di Pusat Komputer Negeri, Komtar, Penang. Merasa gak lah aku keja dalam goment.
Habis pada praktikal, aku kerja pula di Pizza Hut (m). memang best ar masa kerja di sini.banyak pngalaman aku dapat masa kerja di sini. Rezeki aku murah lagi, aku dinaikkan pangkat jugak sebagai All Star (dlm erti kata lain sbg supervisor). Selepas itu aku berhijrah tempat kerja pula iaitu di Loyer Firm selama 3 tahun. Mula2 nak kerja selama 3 bulan saja, macamna boleh jadi 3 tahun?. Selepas pada situ aku berhijrah tempat kerja lagi iaitu di Naza. Kerja kat sini mencabar sikit, tak sampai 3 bulan aku kerja di sini, daripada memalukan muka aku sendiri lebih baik aku berhenti dari awal. Selepas itu aku dapat tawaran bekerj sebagai Asst Manager di sebuah syarikat melayu iaitu Madaniah Group Of Companies, sampai sekarang aku masih bekerja di sini lagi,and now sebagai…(biarlah rahsia)…memang bertuah dapat masuk bekerja di sini, dunia dapat, akhirat pun dapat insyaAllah.

Anda digalakkan meninggalkan komen tentang blog atau artikel yang telah ditulis dalam blog ini. Ia bertujuan untuk menambahbaikkan dan memperbaiki kelemahan supaya saya dapat memberi yang terbaik untuk pembaca blog ini.
Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana melawat blog saya. Dan doakan kejayaan saya, Insyaallah.

Dari pemilik blog,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Heart

"hati ku bukan untuk disakiti...tapi diberi untuk di isi dengan sayang"
dulu....
there's someone penah cakap kat aku....
i luv u so much sayang..(kekadang pkiaq leh cye ke ayt nie?...)
' u complete to me...'
"1 day B will married sayang...."
hahahahaha
funny right....
tapi itu cuma kata2 yang x akan penah jadi dalam real life aku...
merepek...
tapi dalam pd merepek tu...
aku penah sandarkan harapan pada kata2 tu...
bukan lah harapan setinggi gunung everest tu...
tapi cuma mengharapkan insan tu menghargai aku...
tapi....
itu hanyalah harapannn....
dah berkubur pon....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Women vs Men

women...
if u kiss her, u'r not a gentlemen
if u dont, u'r not a man
if u talk, she want u 2 listen
if u listen, she wants u 2 talk
if u praise her, she thinks u'r lying
if u dont, she gets moody
if u agree 2 all her likes, u'r a wimp
if u dont, u'r insensitives
if u dress well, she thinks u'r a playboy
if u dont, she says u'r a slob
if u'r jealous, she says u dont trust her
if u'r not, she thinks u dont love her
if u visit ur buddies, u'r depriving her of "quality time"
if she visits her buddies, it's 4 "girl talk"
if u stare at another woman, she sulks 4 hours
if she stared by the other men, she says u should be pleased 4 her

men...
if u kiss him, u'r easy
if u dont, u'r frigid
if u talk, its alwayz 2 much
if u listen, its never enuff
if u praise him, he thinks u'r a fake
if u dont, he thinks u dont like him
if u agree 2 all his likes, u'r too submissive
if u dont, u'r too controlling
if u'r well dressed,he says u'r vain
if u arent, he thinks u'r a dog
if u'r jealous,he says u'r possessive
if u'r not, he fools around
if u see another man, u'r "two timing him"
if he sees another women, they'r "just gud fren"
if u stare at another women, he says u'r jealous
if he stares at by other man-boy, u'r in trouble!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

My Foster Daughter ...so cute

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Selamat Tahun Baru

Beberapa hari lagi tahun 2011 akan membentangkan lembarannya. Maka, dengan itu tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Tamat sudah tahun 2010. Jadi apa yang anda dah belajar dari tahun 2010? sekurang-kurangnya tahun 2010 anda lebih baik dari tahun 2009 dan semoga tahun 2011 lagi baik…

Apa ertinya tahun baru kepada anda? Maka sudah menjadi kebiasaan bagi kita, bila tiba tahun baru, mula bertanya apa azam kita. Yang pasti azam hanya di tanya pada hujung tahun dan sebelum masuk tahun baru. Selepas itu, soalan tu ntah kemana. bersama-sama jugak dengan azam tu ntah kemana.

Dan akhirnya tiba pula tahun baru berikutnya. Bila kita sedar, azam kita tetap sama. kurangkan azam, lebihkan action dan pemikiran. Bila fikir nak berubah, mulakan sejurus saja anda fikirkan. Jangan tunggu... makin anda tunggu, maka sehari anda buat besok kembali kepada perkara lama.

jadi, susahkan? semuanya memerlukan determination.

Apa pun saya nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

KELEBIHAN HARI-HARI TERTENTU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari..Isnin, Selasa ..Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad... Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri...menjadi memori sepanjang zaman..Apakah peristiwa-peristiwa itu...silalah teruskan bacaan

Hari Isnin

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...

1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa

1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu

1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Al;lah menjadikan laiutan yang tujuh...

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat...
Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari...hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah...barulah kita dapat gambaran sepenuhnya...alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya...bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam...zaman pemerintahan nabi-nabi...

InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar...yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS