Pernahkah anda melihat wanita menggigit bibirnya?Tentu pernah
bukan.Mungkin juga ada diantara teman-teman atau pun kekasih anda
sendiri yang suka menggigit bibir. Kelakuan menggigit bibir ini sudah menjadi satu tabiat buat kebanyakan
wanita.Tak di nafikan ia kadang-kadang mendatangkan kesan sensual kepada
lelaki yang memandang.. Namun,tahukah anda bahawa di sebalik tabiat wanita yang suka menggigit bibir itu ada rahsia tersendiri yang dapat diungkapkan..Nak tahu tak?Tungguuuuu...
●Gigit bibir bawah.
Wanita ini adalah seorang yang berani serta bijak menggoda.Tiada sedikit
pun perasaan ragu dalam dirinya dan dia juga tidak segan untuk
memulakan langkah pertama memikat seseorang lelaki yang disukainya.
●Gigit bibir atas dan bawah.
Wanita yang amat bijak memujuk dan pandai meraih simpati
lelaki.Menggigit bibir atas dan bawah bersilih ganti dengan raut
wajahnya yang polos serta renungan matanya yang kuyu membuatkan lelaki
yang memandang seolah-olah kasihan lantas memberi perhatian padanya.
●Gigit hujung bibir.
Sambil menggigit hujung bibir biasanya wanita ini menundukkan mukanya
memandang kebawah.Waktu dia sedang berfikir waktu paling kerap dia
melakukan tabiat ini.Pada waktu itu dengan pelbagai ekspresi wajahnya
pasti membuat lelaki tersenyum dengan gelagatnya.
Seorang yang selalunya tidak malu untuk berterus terang menyatakan
perasaannya.Tetapi jika dia dalam keadaan marah,pastinya bermacam-macam
kata-kata kasar,maki hamun dan cacian yang keluar dari mulutnya tanpa
mempedulikan perasaan orang lain.
●Gigit sambil mengatup bibir.
Wanita yang pemalu,cepat gugup dan amat sukar didekati atau diajak
berbual.Seorang yang sukar sekali untuk setia terutamanya jika dia tahu
yang dia mempunyai kelebihan berbanding pasangannya.Tetapi dia seorang
yang suka dan rajin menolong orang lain tanpa meminta sebarang balasan.
●Gigit dan mengulum bibir.
Di kategorikan sebagai wanita yang 'hangat' dan berani.Dia ibarat
jinak-jinak merpati.Amat mudah untuk didekati tetapi sukar sekali
ditakluki.Namun,dengan gayanya yang seksi dan menggoda,amat mudah pula
bagi dirinya menakluki seseorang lelaki.
●Gigit dan membasahi bibir.
Wanita yang pandai mengundang keghairahan lelaki yang memandang tetapi
amat licik.Seorang yang tiada keyakinan diri,kuat cemburu dan biasanya
panas baran.Ada sesetengahnya juga yang bersifat pengikis atau 'pisau
cukur'.Sikap manja wanita ini yang kadang-kadang berlebihan atau sengaja
dibuat-buat boleh membuatkan orang lain rimas dan bosan.