RSS
Post Icon

Asas Perkahwinan...

Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika zuriat tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Jadi apa asas kepada perkahwinan?

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
 
** Sesungguhnya Tuhan menguji hambamu ini, samada sabar @ x dengan ujian ini. Aku redha Ya Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Orientasi USM 2013/2014

Salam, u all...Ermmm dh basi baru nak update kan....Tapi xpe i like!

Alhamdulillah, pada 13-16 Ogos 2013 yang lepas saya telah mendaftarkan diri ke USM (Universiti Sains Malaysia) sebagai mahasiswa baru PJJ sesi 2013/2014. Jadi budak 'U' lah pulak lepas nie...

Minggu Orientasi PJJ USM... Meriah giler...macam pesta, Masya Allah..Dengar cite hampir 2000 lebih berpusu pusu  untuk pendaftaran. Yang paling banyak adalah Jurusan Pengurusan hampir 1000 lebih, yang selebihnya Jurusan Sains, Sastera dan Sains Kemasyarakatan..Time nak daftar kena ikut step, pastu ikut abjad di pangkal nama, So paling banyak sekali kena Q adalah huruf 'N'..

  Step 1 : Semak sijil-sijil akademik
  Step 2 : Daftar kehadiran n bayaran
  Step 3 : Ambil gambar untuk kad Matrik

Nampak je senang ketiga-tiga step tu ibarat mkn kacang goreng...padahal Tuhan saja yang tahu betapa azabnya menunggu Q yang beribu-ribu datang entah dari mana.. Lenguh kaki macam nak tercabut, macam nak fengsan ooo..
Nak tahu saya ambil kos apa?Ermmm PENGURUSAN (Pemasaran)..

Seriusly, memang xdak mood lar tgk ramai-ramai macam ni, macam ulat hurung taik...Bayangkan sy jadi seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap..sopan kan?Yang bestnya 2 hari kat sana sekeping gambaq pun x amik, punyalah xdak mood.

Bersama 'Roomate' sy Maziah dari Kulim n Laili dari KL (depan bilik sy). Nice 2 meet u guys..Ada peluang nanti kita jumpa lagi yer masa kursus intensif, itu pun kalau terjumpa..


 Semasa Majlis Upacara Ikrar. Semua pelajar di minta menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu USM.

Ramaikan?ni baru suku...semoga yang ada dalam dewan ni, nnt kita grad sama2 yer...In sya Allah

Q lagi, time ni nak amik makan free..beratur je lah..makan free sapa xmau kan...



Aduyai..ni lagi tension..beratur lagi nak amik buku...Mak aiii, skali tgk buku da tebal-tebal belaka...sempat ka aku nk baca ni...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS