RSS
Post Icon

OBSES TERHADAP CERITA FILIPINA


Salam 2 all...
Entah kenapa tiba-tiba sekarang aku jadi obses dengan drama Filipino ni.. Semua gara-gara wujudnya astro Bella saluran 133. Sanggup aku berebut 'remote control' dengan 'roomate' aku gara-gara nak tonton drama bersiri ini.. Bukan itu saja, kalau time 'My Friend' tipon time aku dok layan citer ini, ermmm alamtnya dia cakap sorang-sorang lah sbb aku ralit menengoknyer..(Sorry k i x sengaja)..he3

Korang masih ingat x lagi drama Filipina yang femes masa dulu-dulu tuu..Pangako Sayo (The Promise). Aku ingat lagi masa tue aku masih belajar kat kolej. Kalau nak tau satu rumah sewa aku semua layan citer ni, waktu tu sedey yaamat tau x sbb terpaksa tengok dengan TV yang kecik sgtt (tv yg hat dlm kereta tue), dah la penontonnya ramai...ermmm nk tgk punya pasal mau x mau berjegil juga depan TV kecik tu..yang best nya bukan geng aku aje yang layan citer ni rupa-rupanya geng-geng lelaki kat Kolej aku dulu pun layan jugak..Punya lah berbisa citer ni, jangan kata budak jiwang jer yang layan, geng otai berbisa pun layan jugak. Ceh itu semua poyo..nmpak luar ganas tapi rupanya dalam hati ada taman.Wekksss...
Tapi aku salute lah dgn bebudak lelaki kt kolej aku dulu tu sbb korang pun bleh layan citer ni..

Pernah bersiaran di TV2 (mungkin dalam tahun 2002 kot-x brapa ingat dh)

Aku minat giler ngan hero n heroin dalam citer ni. Bila di tayangkan semula dalam astro Bella mmg aku x lepaskan peluang lah. Tapi lani dah habis k..Ganti citer lain plak..

Lepas  pada citer Pangako Sayo, citer lain pulak Sana'y Wala Nang Wakas (Timeless). Hero n heroin yang sama berlakon..Mmg best

Pernah bersiaran di Astro n TV3 tp x sempat tgk... Tp tgk balik ulangan kt Astro Bella..Ermm yg ni pun dh habis..Ganti citer lain plak..

Sekarang ni yang tengah aku layan ialah citer "IN LOVE AGAIN" ataupun dalam bahasa Tagalog 'Muli'. Sebenarnya ini citer lama, gabungan pelakon Malaysia n Filipina., xtau penah di tayang ke x kt TV citer nie...Mmg best lah citer ni..Rasa mcm kena mengena ngan aku pun ada..sabor je lah..

Cerita ini mengisahkan Cheryl (gadis cina) bercinta dengan Zul (pemuda melayu) yang kaya raya. Hubungan mereka tidak kemana kerana masing2 dipaksa kahwin oleh pilihan keluarga masing2. Cheryl di paksa kahwin dengan Soo Huat, lelaki kaya yang mencintainya dan banyak membantu keluarganya, manakala Zul dipaksa kahwin dengan Amira kerana keluarga Amira banyak membantu bisnes keluarga Zul, dan sekiranyanya mereka tidak berkahwin, bisnes keluarga Zul akan bankrap.
 Cheryl melari kan diri ke Pangkor tetapi di temani oleh seorang pekerja Zul iaitu Lukas (Dari Filipina). Atas arahan Zul, Lukas diarahkan menjaga Cheryl sebaik mungkin semasa ketiadaannya. Semasa di Pangkor, Cheryl banyak menghabiskan masa bersama Lukas...Setelah masing2 berkahwin dan Lukas pulang semula ke negara asalnya, 7 tahun pun berlalu.....
Nak tahu selanjutnya, sila tonton sendiri di Astro Bella yer.....

Masih di tayangkan di Astro Bella. Ulangan 10.00 mlm (everyday)


Satu lagi drama yang aku tonton ialah 'Grazilda'. Mengisahkan, dulu kita selalu dengar tentang cerita Cinderella yang selalu di buli oleh ibu dan kakak tirinya. Tapi 'Grazilda' ialah kakak tiri Cinderella yang jahat. Dia di hukum oleh Pari-pari atas kejahatannya dan dihantar ke alam nyata (alam manusia)..
Di alam nyata, dia pula di buli oleh satu keluarga yang tidak sukakannya.. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda yang telah menyelamatkannya iaitu Eric, dan mahu mengahwini Eric dengan harapan dia dapat pulang semula ke Negaranya iaitu Negara Fantasia....Tetapi Eric tidak menyintainya dan hanya menganggap sebagai kawan sahaja...
Cerita ni panjang berjela jugak, nak taw lanjut nanti tengok sendiri yer di Astro Bella...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Salam ramadhan

To all my frend, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berbuka yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Pelengkap Hidupku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

SENYUMLAH WAHAI HATI YANG BERSEDIH

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

NAMUN...
Jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

PERCAYALAH...
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS