Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang menyelamatkan aku tadi.
Ceritanya begini....
Dalam perjalanan balik dari Taman Ria (kerana berbuka puasa di rumah Ila). Aku menunggang skuter kepunyaan adikku. Dengan lajunya aku bawa sambil menyanyi riang ria. Tanpa di sedari aku dapat rasakan sesuatu, tetapi aku membiarkan ke tepi rasa itu kerana bagi ku mahu cepat sampai di rumah. Sesampai sahaja di trafik light, tetiba skuter yang aku tunggangi itu mati di tepi jalan.
Ya Allah..Ha sudah...dugaan apa yang Allah bagi padaku ini.
Astagfirullahhalazim..Aku agak mesti minyak habis ni. Macam mana boleh habis?
Ya, Baru aku teringat dah seminggu aku tak isi sejak datang dari kampung minggu lepas.
Ya Allah bila sedar jer minyak habis,muka ku mula menebal malu tak terhingga..macam udang galah kena bakar. Nasib baik waktu malam jadi, kemerahan ini tak berapa menonjol sangat.
Aku pun apa lagi,di dalam samar-samar kegelapan malam di bawah sinar lampu jalan, aku buat-buat start semula starter skuter tu. Walaupun ku tahu memang tak akan hidup. Dalam waktu yang sama dalam kepala otak ku ini hanya sorang je nama yang ku fikir boleh membantuku ini. Tapi bila di fikirkan kesian pula, takut dia dok jauh atau ada kerja ka..abaikan lah..
Aduh..malunya. Aku dapat rasakan ada mata-mata yang memandang ke arahku .Dalam hati: nape lah diorang pandang sahaja n tak mau tlg aku ka?
Dalam hati ku berkata lagi: ok sabar n cold Yanz..Di bulan puasa ini pasti ada orang yang datang membantu.
Tuhan itu Maha Adil. Terima kasih Ya Allah kerana menghantar hamba Allah datang membantu aku.
Sebaik sahaja lampu hijau, ada hamba Allah ni tegur aku dari belakang."Nape?minyak habis ker"? Jawabku dengan slamber "Aa, rasanya kot, tolong sat". Dengan muka menebal aku jawab macam tu dekat mamat ni.. " Ok,meh saya tolong awak tolak". Aku menjawab "Eh tak pe ker, motor nie berat, boleh ker"?. Hamba Allah tu menjawab "boleh-boleh".
Jadi, hamba Allah tu tolong tolak menggunakan kakinya sehingga sampai di stesyen minyak Caltex. Aku hanya sempat mengucapkan " Terima kasih na" kat dia. Selepas isi minyak, aku tengok dan mencari lah jugak Hamba Allah itu, tapi dia sudah menghilang.
Aku berdoa Semoga hamba Allah itu mendapat perlindungan daripada Allah. Amin..