RSS
Post Icon

Kejarlah C!ta-C!ta sebelum C!nta

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dgn sendirinya cinta itu akan hadir. Cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan. Apa yg buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Cinta kurniaan Ilahi. Mengapa harus dibenci?yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta
hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa  usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernah kah kau terfikir kebesaranNya itu???

Memberikan seluruh cintamu kepada seorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sehingga cinta berkembang dihatinya tetapi jika tidak berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapaan dan seringkali berakhir dengan airmata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS