Siapa aku?
Diriku merupakan anak kelahiran Kedah Darulaman. Anak jati Kedah. Ibu bapa aku pun anak jati Kedah juga ; jadi terhasillah aku yang kini telah hidup selama 29 tahun. Di lahirkan pada 01 Feb(tahun di rahsiakan), berbangsa melayu, beragama islam dan masih single.ha3..
Aku merupakan anak ke-2 daripada enam (6)adik beradik.kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Aku merupakan bekas pelajar Institut Hasani, dimana jurusan yang aku ambil ini adalah Diploma Kejuruteraan Komputer.
Aku sudah bekerja dan kini merupakan seorang Pengurus di Madaniah Group Of Companies. Baru naik pangkat jer.Mula berjinak-jinak dlm bolg ni baru sahaja. Itupun atas pertolongan kawan. Tak la pandai sangat pun..Terima kasih kepada kawanku (x perlu taw namanya)
Latar belakang pendidikan
Memulakan pendidikan awal di Sek.Keb.Kg Betong (1989 -1991), kemudian berpindah ke Sek.Keb.Bersatu, Sg Petani (1992-1993), kemudian berpindah semula ke sekolah lama iaitu Sek.Keb.Kg Betong(1993-1994). Mendapat pendidikan di Sekolah Men.Jeneri (1995-1996). Kemudian sambung belajar di Kolej Swasta dalam Jurusan Diploma Kejuruteraan Komputer(2001-2004)
Pengalaman Kerja
Aku start bekerja semasa berumur 16 tahun lagi. Masa tue baru Form 4.kerja kilang (Long Chuan, Gurun). Setahun jugak lah kerja di situ. Pagi aku ke sekolah, petang aku ke kilang.Bersama member –member kamcing giler ar masa tue (Yanz
Ok berbalik pada pengalaman kerja aku. Selepas habis je spm , aku kerja lagi kat kilang. Kilang tue namanya Iriichi (m) bhd. Setahun lebih jugak la aku kerja.Yang ni ada kemajuan sikit coz aku baru kerja sahaja, sudah naik pangkat. Alhamdulillah rezeki aku kot. Seronok punya seronok kerja masa tue, tetiba member aku ajak aku masuk kolej plak. Aku pun tanpa berfikir panjang terus ikut sambung belajar. Habis jugak aku belajar selama 3 tahun, and dapatlah aku Dip.Kejuruteraan Komputer. Mak Abah aku bangga jugak la. Habis blajar and Aku membuat praktikal di Pusat Komputer Negeri, Komtar, Penang. Merasa gak lah aku keja dalam goment.
Habis pada praktikal, aku kerja pula di Pizza Hut (m). memang best ar masa kerja di sini.banyak pngalaman aku dapat masa kerja di sini. Rezeki aku murah lagi, aku dinaikkan pangkat jugak sebagai All Star (dlm erti kata lain sbg supervisor). Selepas itu aku berhijrah tempat kerja pula iaitu di Loyer Firm selama 3 tahun. Mula2 nak kerja selama 3 bulan saja, macamna boleh jadi 3 tahun?. Selepas pada situ aku berhijrah tempat kerja lagi iaitu di Naza. Kerja kat sini mencabar sikit, tak sampai 3 bulan aku kerja di sini, daripada memalukan muka aku sendiri lebih baik aku berhenti dari awal. Selepas itu aku dapat tawaran bekerj sebagai Asst Manager di sebuah syarikat melayu iaitu Madaniah Group Of Companies, sampai sekarang aku masih bekerja di sini lagi,and now sebagai…(biarlah rahsia)…memang bertuah dapat masuk bekerja di sini, dunia dapat, akhirat pun dapat insyaAllah.
Anda digalakkan meninggalkan komen tentang blog atau artikel yang telah ditulis dalam blog ini. Ia bertujuan untuk menambahbaikkan dan memperbaiki kelemahan supaya saya dapat memberi yang terbaik untuk pembaca blog ini.
Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana melawat blog saya. Dan doakan kejayaan saya, Insyaallah.
Dari pemilik blog,
aku adalah aku..
Read User's Comments(0)
Heart
"hati ku bukan untuk disakiti...tapi diberi untuk di isi dengan sayang"
dulu....
there's someone penah cakap kat aku....
i luv u so much sayang..(kekadang pkiaq leh cye ke ayt nie?...)
' u complete to me...'
"1 day B will married sayang...."
hahahahaha
funny right....
tapi itu cuma kata2 yang x akan penah jadi dalam real life aku...
merepek...
tapi dalam pd merepek tu...
aku penah sandarkan harapan pada kata2 tu...
bukan lah harapan setinggi gunung everest tu...
tapi cuma mengharapkan insan tu menghargai aku...
tapi....
itu hanyalah harapannn....
dah berkubur pon....
Subscribe to:
Posts (Atom)